30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Manfaat Kacang Bendi Untuk Kesihatan Ibu Hamil & Bayi Dalam Kandungan

    Shopee Sale

    Kacang bendi atau okra mempunyai pelbagai nutrisi penting seperti vitamin, mineral dan asid folik yang membantu menyokong kesihatan ibu serta perkembangan bayi sepanjang kehamilan.

    Manfaat Utama Kacang Bendi Untuk Ibu Hamil

    Menguatkan sistem imun: Kandungan vitamin C yang tinggi membantu meningkatkan daya tahan tubuh, mengurangkan risiko jangkitan dan menyokong pembentukan sel darah putih. Ia turut memberi manfaat kepada kesihatan kulit dan tulang bayi.

    Menyokong perkembangan janin: Bendi menjadi sumber asid folik semula jadi yang penting untuk mengelakkan kecacatan otak dan saraf bayi. Pengambilan folat yang mencukupi juga membantu mengurangkan risiko kelahiran pramatang.

    Melegakan sembelit dan buasir: Tekstur lendir pada bendi membantu melancarkan sistem pencernaan, sekali gus mengurangkan masalah sembelit dan buasir yang sering dialami wanita hamil.

    Sumber antioksida yang tinggi: Bendi mengandungi carotenoids, vitamin C dan E serta sebatian fenolik yang membantu melindungi sel tubuh daripada kerosakan, meningkatkan imun ibu dan bayi serta menyokong kesihatan jantung.

    MENARIK:  Luqman Faiz Nafi Bercinta Dengan Fieya Julia – ‘Dia Bukan Taste Saya’

    Menstabilkan paras kolesterol: Sayur ini rendah lemak dan bebas kolesterol. Ianya berpotensi membantu mengawal paras kolesterol berlebihan ketika hamil. Ada yang mengamalkan air rendaman bendi sebagai cara semula jadi menyokong proses detoks badan.

    Membantu tidur lebih lena: Bendi mengandungi minyak dan protein semula jadi yang membantu tubuh lebih relaks sekali gus menjadikan tidur lebih berkualiti.

    Menyokong kesihatan otak: Kehadiran catechin, epicatechin, quercetin dan procyanidin membantu melindungi sel otak, menyokong memori dan mengurangkan risiko masalah tumpuan ketika hamil.

    Sumber: TheAsianParent, Momjunction

    The post Manfaat Kacang Bendi Untuk Kesihatan Ibu Hamil & Bayi Dalam Kandungan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah