34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Mama Cakap Boleh Gila Kalau Semua Lelaki Dapat Perempuan Macam Karmila’ – Riena Diana

    Shopee Sale

    Pelakon, Riena Diana mendedahkan ibunya turut terkesan dengan watak Karmila yang dilakonkan olehnya dalam drama Toksik Cinta.

    Artikel Berkaitan: ‘Toksik Cinta’ Jadi Bualan, Disamakan Dengan Kisah Amber Heard & Johnny Depp

    ‘Boleh gila’

    Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 28, berkata, ibunya berpendapat sekiranya ada lelaki di luar sana yang menikahi perempuan seperti Karmila, rumah tangga pasti akan bergolak.

    Mama cakap boleh gila kalau semua lelaki dapat perempuan macam Karmila. Tapi itu lah, asyik lelaki je gila, ini kita bagi perempuan pula gila sebab mengapa tidak, baru lah adil.

    Riena berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

    Pada perkongsian sama, Riena turut memuat naik tangkap layar memaparkan mesej yang diterima daripada penulis skrip naskhah tersebut iaitu Erma Fatima yang memuji mutu lakonannya.

    Buka mata dapat Whatsapp. Alhamdulillah semua suka dan terima dengan baik Toksik Cinta sampai nombor satu di aplikasi Tonton.

    Dapat pujian daripada mama Erma, ya Allah seronoknya rasa. Seronok yang tak tahu nak digambarkan. Masih ada ada beberapa episod yang tinggal. Siapa terlepas boleh strim Tonton. Go Karmila.

    Selain Riena, Toksik Cinta turut menampilkan Aqasha, Keith Foo, Cristina Suzanne, Dayang Areeda, Ruzana Ibrahim, Tony Eusoff, Esma Daniel dan Izzue Islam.

    MENARIK:  Eda Ezrin & Den Manjo Rangkul Lagu Etnik Terbaik Di Pentas Anugerah Industri Muzik Ke-24 – ‘Lagu Kelantan Pertama Yang Menang’

    Drama bersiri 30 episod ini sudah menemui penonton mulai 27 Oktober lalu dan eksklusif hanya di Tonton. Untuk maklumat lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti @tontonmy di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram.

    Sumber: Instagram

    The post ‘Mama Cakap Boleh Gila Kalau Semua Lelaki Dapat Perempuan Macam Karmila’ – Riena Diana first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah