28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Malu Banyak Berhutang, Suami Bu**h Isteri Dalam Pantang

    Shopee Sale

    Satu tragedi menyayat hati berlaku apabila seorang suami tergamak mengakhiri nyawa isterinya yang baru sahaja melahirkan cahaya mata mereka.

    Suami bunuh isteri dalam pantang

    Pembunuhan kejam itu berlaku ketika si isteri sedang menjalani tempoh berpantang selama 10 hari selepas melahirkan anak mereka. 

    Tubuh mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di lantai rumah, tidak jauh dari tempat bayinya yang sedang baring.

    Menurut pegawai polis, AKP Zuharis berkata, suspek membunuh isterinya menggunakan sebilah parang sepanjang 60 sentimeter sebelum melarikan diri ke rumah ibu bapanya.

    Tragedi itu terbongkar selepas salah seorang anak mangsa pergi ke rumah neneknya untuk memaklumkan tentang kejadian. Terkejut dan panik, si nenek segera menuju ke rumah mangsa dan menemui wanita itu sudah tidak bernyawa.

    MENARIK:  PA Dr Afifah Dedah Kisah Sebenar Libatkan Orang Ketiga – ‘Awak Langsung Tidak Minta Maaf Selepas Maki Ibu Dia’

    Pihak polis yang tiba di lokasi telah menyita parang yang digunakan dalam kejadian tersebut sebagai barang bukti. 

    Dalam siasatan awal, suspek mengaku bertindak di luar kawalan kerana tekanan emosi dan rasa malu yang mendalam terhadap jiran tetangga akibat hutang-hutang yang didakwa dilakukan oleh isterinya.

    Suspek kini ditahan polis dan jika sabit kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun.

    Sumber: Tribun Lombok

    The post Malu Banyak Berhutang, Suami Bu**h Isteri Dalam Pantang first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah