27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PA Dr Afifah Dedah Kisah Sebenar Libatkan Orang Ketiga – ‘Awak Langsung Tidak Minta Maaf Selepas Maki Ibu Dia’

    Shopee Sale

    Pembantu peribadi isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah tampil mendedahkan kisah sebenar melibatkan orang ketiga yang tular baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Isteri Nubhan Tegur Orang Ketiga ‘Pinned’ Gambar Anak-Anak – ‘Tak Perlu Berebut, Saya Bukan Ibu Tumpang’

    Artikel Berkaitan: ‘Semoga Ada Kelembutan Di Hati Dia Untuk Saya & Anak-Anak’ – Isteri Nubhan

    PA bersuara

    Menerusi perkongsian di Threads, wanita dengan nama pengguna @kkits__ itu mengaku tidak mahu mencampuri urusan rumah tangga majikannya, tetapi tidak sanggup melihat layanan buruk terhadapnya.

    Saya sendiri ada pada malam kejadian dan mendengar semuanya sendiri.

    Memang betul Dr. Fie (Dr Afifah) ada telefon dia untuk minta maaf bagi pihak keluarganya atas apa yang berlaku dan tanya apa sebenarnya yang sedang berlaku dengan keluarganya.

    Saya juga tahu apa yang sebenarnya berlaku di sebalik tabir.

    Menjelaskan lebih lanjut, pembantu peribadi itu berkata Dr Afifah tidak menceritakan apa-apa kepada umum tentang perkara yang terjadi kerana mahu menjaga maruah kedua-dua belah keluarga.

    Malah, Dr Afifah juga telah menyatakan permohonan maaf atas tindakannya.

    Saya tidak mahu sentuh pasal keluarga awak (orang ketiga) sebab saya pun baik dengan ibu dan kakak awak.

    Saya muat naik hantaran ini sebab tidak mahu keadaan jadi lebih teruk dan Dr. Fie sendiri dah mintak maaf dekat awak pada malam itu.

    Jadi, awak tidak perlu pun nak besarkan hal ni sebab netizen kecam keluarga awak. Awak rasa Dr Fie boleh control ke netizen cakap pasal keluarga awak?

    Bukti

    Pun begitu, pembantu peribadi Dr. Afifah itu mendakwa individu terbabit tidak pernah memohon maaf atas tindakannya memaki ibu majikannya.

    Dan satu lagi, saya langsung tidak dengar awak minta maaf kepada Dr. Fie selepas awak maki ibu dia.

    Dr. Fie sendiri sudah minta dekat awak tunjuk bukti yang mengatakan kononnya keluarga dia yang menyebarkan gosip murahan itu tetapi awak tidak pernah buktikan.

    Sebelum ini, tular di media sosial seorang individu menyebarkan tangkap layar perbualannya bersama Dr Afifah berkaitan masalah mereka.

    MENARIK:  ‘Tak Boleh Keluar Kenyataan Atau Menuduh Tanpa Bukti Kukuh – Hafiz Nafiah Mohon Mangsa Liwat Segera Buat Laporan Rasmi

    Sumber: TikTok

    The post PA Dr Afifah Dedah Kisah Sebenar Libatkan Orang Ketiga – ‘Awak Langsung Tidak Minta Maaf Selepas Maki Ibu Dia’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah