31.8 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Liam Payne, Bekas Anggota One Direction Maut Pada Usia 31 Tahun

    Shopee Sale



    Bekas ahli kumpulan boyband One Direction iaitu Liam Payne dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 31 tahun.

    Maut terjatuh tingkat 3 hotal

    Memetik laporan CNN, Liam ditemui tidak bernyawa selepas terjatuh dari tingkap tingkat tiga sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina pada Rabu.

    Polis Buenos Aires memaklumkan, sepasukan polis dari Balai Polis 14B bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan mengenai seorang lelaki yang bertindak agresif dan dan dipercayai berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol.

    Menurut sumber, pada 2 Oktober lalu, Liam telah menghadiri konsert rakannya Niall Haron yang berlangsung di Buenos Aires.

    Pada Rabu, Liam sempat berkongsi percutiannya di Argentina dengan melakukan pelbagai aktiviti malah penyanyi ini juga memberitahu tidak sabar untuk pulang ke London bertemu dengan anjing kesayangannya.

    Untuk info, Liam Payne atau nama sebenarnya, Liam James Payne dilahirkan di Wolverhampton, England dan mula mencipta nama sebagai bintang terkenal selepas menyertai kumpulan One Direction bersama empat ahli lain iaitu Harry Styles, Zayn Malik, Niall Horan and Louis Tomlinson.

    MENARIK:  Nabila Razali Terlibat Kemalangan, Bumper Kereta Tercabut

    One Direction yang pernah menyertai program X Factor di United Kingdom pada 2010 bagaimanapun berpecah selepas enam tahun bersama untuk memberi fokus kepada projek solo.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah