Isu membabitkan dakwaan seorang pelakon lelaki yang berstatus suami orang didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang aktres terus hangat diperkatakan dalam kalangan pengguna media sosial.
Artikel Berkaitan: Lelaki Berstatus Suami Orang Selamba Curang, Alasan Hantaran Dahulu Murah – ‘Modal Kahwin Dulu RM2,000 Je’
Artikel Berkaitan: Wanita Dedah Suami Curang Dengan ‘Office Wife’ – ‘Perempuan Tu Mengaku Gugurkan Anak Hasil Zina’
Skandal dua pelakon

Terbaharu, seorang pengguna media sosial mendakwa terserempak dengan kedua-dua pelakon terbabit ketika berada di sebuah pusat beli-belah, baru-baru ini.
Malah, individu berkenaan turut mendakwa mereka dilihat menaiki kenderaan yang sama.
Nampak mereka keluar bersama Khamis lalu. Siap keluar naik kereta yang sama lagi. Rupanya pelakon lelaki itu sudah berbini ya.
Segelintir orang buat sijil kahwin macam dekorasi sahaja kan. Dua-dua itu pelakon ‘GBGTH’.
Difahamkan, kedua-dua pelakon tersebut sebelum ini bergandingan dalam sebuah drama yang baru sahaja tamat disiarkan di sebuah stesen televisyen.
Terdahulu, pelakon lelaki berkenaan didakwa mengelak daripada pihak media selepas diminta mengulas mengenai dakwaan yang sedang tular itu.
Setakat ini, kedua-dua pelakon terbabit masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan yang beredar di media sosial.
Sumber: Threads
The post Gosip Dua Pelakon Bersekedudukan, Individu Dakwa Lihat Naik Kereta Sama – ‘Rupanya Lelaki Itu Dah Berbini’ first appeared on OHBULAN!.





