31.8 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jangan main-main dengan Bersatu’

    Shopee Sale

    Bersatu memberi bayangan bahawa parti itu bersiap sedia jika akhirnya disingkirkan daripada PN dalam mesyuarat gabungan itu yang dijadualkan berlangsung di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur pada malam ini.

    Tampil dengan mengenakan baju biru PN bagi menandakan Bersatu masih lagi sebahagian daripada komponen gabungan itu, presidennya, Muhyiddin Yassin, menegaskan bahawa komitmen parti itu terhadap PN tidak perlu dipersoalkan.

    "Orang tanya saya, are you still with PN? Of course, sampai bila-bila kita akan kekal dengan PN.

    "Konon ada bunyi-bunyi dia nak singkirkan kita, nak buangkan kita daripada rumah yang kita bina. Wajar ke tidak?" soal Muhyiddin.

    Dia berkata demikian semasa berucap melancarkan jentera Bersatu Johor sempena pilihan raya negeri (PRN) di negeri itu yang akan bermula secara rasmi apabila proses penamaan calon dibuat pada Sabtu ini.

    Kenyataan bekas perdana menteri itu dibuat ketika hubungan Bersatu dengan PAS terus tegang dan belum ada sebarang tanda mengendur. Kemelut itu bertambah keruh apabila kedua-dua parti bertegas mahu kekal sebagai komponen PN dan pada masa sama menghantar isyarat agar pihak yang bertentangan meninggalkannya.

    Untuk rekod, PN kini dikuasai oleh PAS dengan penyingkiran terbaru dibuat oleh mereka ke atas Azmin Ali dan Radzi Jidin. Sebelum itu Azmin merupakan Timbalan Setiausaha Agung PN, manakala Radzi bertindak sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PN.

    Tempat Radzi digantikan oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

    Boleh ajak kawan-kawan lain

    Memandangkan kemungkinan penyingkiran itu boleh berlaku, Muhyiddin mendedahkan yang dia sudah mempunyai pelan persediaan menghadapi PRN Johor.

    MENARIK:  Undang-undang sedia ada tak cukup paksa bapa culas bayar nafkah - Pakar

    Dalam ucapannya, Ahli Parlimen Pagoh itu sempat menggambarkan kemungkinan dialognya bersama Pengerusi PN merangkap Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar, yang berkuasa menandatangani watikah calon untuk bertanding di bawah tiket gabungan tersebut.

    "'Will you sign?' Kalau dia angguk ya, alhamdulillah. Tapi kalau dia diam saja macam mana?" katanya.

    Muhyiddin kemudian mendedahkan bahawa dia telah mengarahkan parti tersebut untuk menyediakan dua set borang pencalonan, masing-masing satu untuk bertanding sebagai calon PN, dan satu lagi menggunakan logo Bersatu sendiri.

    Dia turut memberi amaran bahawa jika PN berterusan mengaitkan diri dengan kem Hamzah Zainudin, ia akan menjadi toksik dan berisiko merosakkan gabungan berkenaan.

    "Kalaulah dah tak boleh baiki, apa nak buat? Kita cari yang baru, buat satu yang baru. Maknanya Bersatu tidak akan mati, kekal abadi untuk selama-lamanya.

    "Kita tubuhkan Bersatu Malaysia, apa salahnya? Sebagai contoh, kita boleh ajak kawan-kawan Ikatan Prihatin Rakyat (IPR), dan parti-parti lain yang mahu membentuk satu gabungan besar.

    “Boleh ke tidak?” tanya Muhyiddin lagi.

    Dia juga menunjukkan keyakinan bahawa percaturan Bersatu itu akan memberi khabar yang gembira, sekali gus memberi amaran kepada pihak yang tidak sehaluan dengan mereka.

    "Mudah saja. Jadi, jangan main-main dengan Bersatu," katanya.

    IPR merupakan sebuah pakatan longgar yang ditubuhkan Muhyiddin bersama komponen PN dan parti pembangkang lain termasuk Urimai, Pejuang, Putra, Berjasa, Parti Kemajuan Malaysia (MAP), dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah