Penyanyi meningkat naik, Ammar Haikal meluahkan harapan agar kakaknya yang juga salah seorang finalis program Talk To My Manager 2 (TTMM2), Azeva Natassha, dapat dinobatkan sebagai juara pada malam kemuncak program itu malam ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ayah Tak Bagi Nyanyi Lagu Dia, Nak Saya Cari Identiti Sendiri’ – Ammar Haikal
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ammar Haikal Menangis, Terharu Lihat Persembahan Azeva & Ameng – ‘Keluarga Yang Sebelum Ini Berpecah..’
Sentiasa menyokong Azeva

Ketika ditemui , Ammar atau nama penuhnya Wan Ammar Haikal Wan Aminuddin, 19, menyatakan dia bersama ahli keluarganya sentiasa memberikan sokongan penuh kepada Azeva meskipun tidak dapat hadir ke lokasi final disebabkan komitmen kerja masing-masing.
Saya memang harap yang Azeva boleh bawa balik gelaran juara itu.
Walaupun tahun lepas saya dapat nombor empat, saya memang nak tengok kakak saya lebih besar daripada saya.
Saya nak dia jadi seorang juara kalau boleh.
Itu memang harapan saya dan keluarga saya.
Ammar berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran muzik video single pertamanya yang berjudul ‘Gila Bayang di XO House, pada Jumaat.
Bangga perkembangan kerjaya Azeva

Bercerita lanjut mengenai dirinya yang sering dibandingkan dengan Azeva oleh segelintir pihak, Ammar yang juga bekas finalis Talk To My Manager musim pertama tidak melihat perkara itu sebagai satu bentuk persaingan.
Sebaliknya, dia lebih selesa mengambilnya secara positif dan berbangga dengan perkembangan kerjaya seni kakaknya yang kini semakin dikenali ramai.
Bagi saya, perbandingan antara kakak saya dengan saya tu, saya tak ambil sebagai negatif pun.
Saya lebih kepada bangga sebab kakak saya pun dah jadi seorang artis.
Saya rasa dia ada pakej lengkap, ada rupa, ada suara dan karakter dia sendiri yang orang suka.
Saya tak ambil benda itu sebagai persaingan.
Saya lebih kepada menyokong dia.
Jelas Ammar lagi, dia sangat teruja melihat perubahan dan kemajuan yang dicapai Azeva dalam kerjayanya sebagai penyanyi.
Saya memang sangat bangga dengan kakak saya.
Dulu Azeva seorang yang sangat introvert, dia tak nak orang kenal dia sangat.
Tapi bila saya tengok dia sekarang, hari-hari saya tengok siaran langsung dia, saya rasa macam, ‘Oh, kakak aku dah berjaya’.
Sampai dah tercalon anugerah sana sini.
Alhamdulillah, seorang lagi anak Ameng dalam dunia industri.
Sekadar info, Azeva bakal bersaing dengan empat finalis lain dalam TTMM2 bagi merebut gelaran juara.
The post ‘Walaupun Tahun Lepas Saya Nombor Empat, Saya Nak Tengok Azeva Juara’ – Ammar Haikal first appeared on OHBULAN!.





