Penyanyi dan komposer, Aina Abdul tampil menjelaskan penggunaan perkataan ‘takda’ dalam lirik lagu terbaharunya berjudul Sadis selepas dipersoalkan segelintir pihak yang menganggap penggunaan perkataan tersebut tidak menepati tatabahasa.
Artikel Berkaitan: AJL40: Aina Abdul Janji Kelainan, Sedang ‘Prep’ Vokal & Tak Fikir Soal Menang – ‘Saingan Tahun Ini Kuat’
Artikel Berkaitan: ‘Tak Perlu Fikir Mendalam, Memasak Adalah Terapi Saya’ – Aina Abdul Tak Melatah Dengan Komen Netizen
Bahasa harian

Aina atau nama penuhnya Nurul Aina Abdul Ghani, 32, berkata, perkataan itu dipilih kerana merupakan bahasa pasar yang lazim digunakan dalam pertuturan harian masyarakat, selain kedengaran lebih santai dan mesra telinga.
Saya tidak sangka orang akan bahaskan isu perkataan itu. Di sebalik apa yang berlaku, saya bersyukur kerana masih ada yang ingin mengambil tahu tentang apa yang saya lakukan meskipun dalam bentuk kecaman.
Namun, saya tidak melihatnya sebagai satu perkara negatif. Ramai juga yang ‘backup’ dan faham tujuan saya menggunakan perkataan ‘takda’ itu.
Sebab liriknya adalah ‘benar kata orang, bila takda baru nak rindu’. Saya gunakan bahasa harian yang kita semua gunakan dalam kehidupan untuk bercakap, iaitu bahasa pasar.
Jarang kita dengar dalam perbualan harian orang cakap ‘bila tiada baru nak rindu’.
Aina berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran dua single terbaharunya, Sadis dan Berjauh-an, yang berlangsung di ibu negara, baru-baru ini.
Tambah pemenang Vokal Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-29 (AIM29) itu, dia pada mulanya berbelah bahagi sama ada mahu menggunakan perkataan ‘tiada’ atau ‘takda’, namun akhirnya memilih perkataan yang lebih sesuai dengan melodi lagu tersebut.
Selain itu, dalam penghasilan lagu, saya amat mementingkan ritma. Jika saya gunakan ‘tiada’, bunyinya akan kedengaran sedikit kekok untuk dinyanyikan.
Justeru, saya memilih ‘takda’ kerana lebih mudah untuk dinyanyikan dan ada ‘accent’ di situ. Pada awalnya saya memang berbelah bahagi juga, mula-mula letak ‘tiada’, kemudian ‘takda’.
Sehinggalah rakaman terakhir di studio, saya kekalkan penggunaan ‘takda’.
Sadis merupakan ciptaan sepenuhnya Aina Abdul dengan kerjasama komposer terkenal dari negara seberang, Vega Antares selaku produser.
Sadis dan Berjauh-an kini boleh didengarkan di semua platform penstriman muzik.
The post Aina Abdul Perjelas Guna ‘Takda’ Dalam ‘Sadis’ – ‘Perkataan Harian Kita Bila Bercakap’ first appeared on OHBULAN!.





