Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali dipercayai terbabit dalam satu kemalangan kecil membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) peribadinya.
Artikel Berkaitan: Nabila Razali Akhirnya Dedah Wajah & Nama Anak – ‘Nik Muhammad’
Artikel Berkaitan: ‘Jaga SOP & Tolong Jangan Cium Anak Saya’ – Nabila Razali
Kemalangan?

Difahamkan, insiden itu berlaku di kawasan tempat letak kereta sebuah kompleks beli-belah di Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Perkembangan tersebut dimaklumkan sendiri oleh Nabila menerusi satu hantaran ringkas di Instagram miliknya.
Not the Friday I ordered (bukan hari Jumaat seperti yang saya mahukan).
Dalam perkongsian itu, Nabila memuat naik dua keping foto hitam putih yang menunjukkan bahagian hadapan (bumper) kenderaannya telah tercabut.
Beberapa komponen lain pada bahagian hadapan kereta itu juga kelihatan mengalami kerosakan.
Kejadian dipercayai berlaku akibat pelanggaran dengan sebuah kenderaan lain, namun butiran lanjut mengenai punca dan situasi sebenar kemalangan masih belum didedahkan.
Sehingga artikel ini ditulis, keadaan terkini pelantun lagu Peluang Kedua itu masih belum dapat dipastikan kerana tiada sebarang kemas kini dibuat di mana-mana platform media sosial miliknya.
Sementara itu, meninjau ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti meluahkan rasa simpati serta menitipkan doa agar Nabila berada dalam keadaan baik dan segala urusannya dipermudahkan.
Antara komen yang ditinggalkan termasuk pesanan agar Nabila lebih berhati-hati selepas ini dan harapan agar kerosakan yang dialami tidak melibatkan kecederaan fizikal.
Sumber: Instagram
The post Nabila Razali Terlibat Kemalangan, Bumper Kereta Tercabut first appeared on OHBULAN!.





