Penyanyi dan komposer, Yonnyboii serta Harith Zazman berkongsi tentang pasukan pilihan mereka bagi Piala Dunia edisi kali ini.
Artikel Berkaitan: ‘Handal Betul Pengacara Piala Dunia Ini..Bukan Calang-Calang’ – Netizen Puji Ninie Ibrahim
Artikel Berkaitan: Dari ‘Waka Waka’ Ke ‘Dai Dai’, Shakira Kekal Ratu World Cup
Sokong Jepun

Ketika ditemui , Harith atau nama lengkapnya Mohamad Harith Saifuzzaman, 32, memilih England dan Jepun sebagai antara pasukan pilihannya yang dirasakan bakal memenangi Piala Dunia 2026.
Bagaimanapun Harith berkata, dia meletakkan harapan yang lebih tinggi terhadap Jepun kerana percaya mereka mampu menjadi juara.
Kalau bukan England, saya mahu lihat Jepun menang untuk Piala Dunia ini.
Betul (mahu pasukan dari Asia memang). Saya nak pasukan yang menang nanti adalah pasukan yang kita tidak langsung jangkakan akan menang.
Dalam masa yang sama, Harith berkongsi dia juga mempunyai kemahiran bermain bola sepak dan sering menjadi penjaga gol.
Saya juga bermain bola dan posisi yang selalu saya akan main adalah sebagai penjaga gol.
Sementara itu, Yonnyboii juga mahu melihat negara-negara Asia seperti Jepun dan Korea Selatan memperoleh trofi kejuaraan di Piala Dunia.
Saya tak mengikuti sangat perlawanan kerana ketika ini saya terlalu sibuk dengan album tetapi saya sempat tengok highlight.
Ya, saya pun mahu pasukan dari Asia menang. Tetapi saya lihat pasukan Jepun dan Korea Selatan antara yang bagus tahun ini. Jadi saya rasa mereka ada harapan untuk menang.
Hidup Asia!
Untuk info, Piala Dunia 2026 menyaksikan sebanyak 48 pasukan bersaing dalam 104 perlawanan dan kemuncak acara dijadualkan bakal berlangsung di New Jersey pada 19 Julai.
Kejohanan bola sepak paling berprestij itu dianjurkan tiga negara iaitu Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada.
The post Harith Zazman & Yonnyboii Letak Harapan Pada Jepun, Mahu Lihat Wakil Asia Julang World Cup 2026 first appeared on OHBULAN!.





