26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, July 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Lepas Letak Surat Tu, Tak Pernah Tengok..Ini Kali Pertama Saya Tengok Semula Setelah 8 Tahun’ – Aiman Aufa

    Shopee Sale



    Sejak semalam, nama Pegawai Tentera Darat Malaysia iaitu Muhammad Aiman Aufa menjadi bualan hangat di media sosial susulan tularnya surat layang yang pernah ditulisnya berhubung kejadian kejam yang menimpa Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, lapan tahun lalu.

    ‘Ini kali pertama saya tengok semula surat..’

    Difahamkan, surat yang ditulis Aiman kepada pihak atasan adalah bertujuan untuk menyelamatkan penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan yang menjadi mangsa penderaan zalim.

    Rata-rata wargamaya mula membanjiri ruangan komen Aiman dengan meninggalkan ucapan terima kasih selain memuji keberanian anak muda ini.

    Susulan daripada itu, Aiman tampil berkongsi semula hantaran surat layang tersebut dan memaklumkan ini merupakan kali pertama dia melihat semula surat itu selepas hampir 8 tahun berlalu.

    Setelah hampir 8 tahun, ini kali pertama saya tengok semula surat ini. Lepas letak tu, tak pernah tengok dah sampai sekarang.

    Tak tahu lah macam mana boleh sampai ke ‘public’ (umum). Apa-apa pun al-Fatihah buat keluarga arwah. Kita manusia hanya mampu berikhtiar dan berusaha, Allah penentu segalanya. Al-Fatihah.

    Terdahulu, Mahkamah Rayuan Putrajaya, menjatuhkan hukuman gantung terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana membunuh Zulfarhan Osman tujuh tahun lalu.

    MENARIK:  ‘Jika Ada Dakwaan Dia Membuli, Saya Rasa Tidak Mungkin Berlaku’ – Bapa Mangsa Serah Siasatan Kepada Polis

    Enam tertuduh yang kini berusia 28 tahun itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah