30.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Abby Abadi Tak Halang Marissa Dania Kahwin Lagi, Mahu Menantu Bertanggungjawab – ‘Saya Nak Yang Terbaik Untuk Dia’

    Shopee Sale

    Pelakon Abby Abadi berharap anak perempuannya, Marissa Dania, dipertemukan dengan jodoh yang bertanggungjawab dan mampu membimbing sekiranya kembali mendirikan rumah tangga.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abby Abadi Titip Nasihat Buat Marissa Dania – ‘Sembuhlah Dari Luka, Berbahagialah Dengan Cara Allah Izinkan’

    MENARIK:  [VIDEO] Selubung Kepala Dengan Kain Macam Bertudung, Netizen Terpegun Lihat Kecantikan Song Ji-Hyo – ‘Makin Tua, Makin Cantik’

    Artikel Berkaitan: Marissa Dania Sudah Temui Pengganti?

    ‘Mama okay, asal anak bahagia’

    " data-video-id="7666067198326230293" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @dnarskincarehq

    Queen dah jumpa jodoh ke ni👀 #hebatdnars#dnarsselamanya

    ♬ terasing – imantroye

    Menerusi satu video temu bual yang dikongsikan di TikTok Dnars Skincare HQ, Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan terbuka sekiranya Marissa kembali berkahwin kerana sebagai seorang ibu, dia hanya mahukan kebahagiaan anaknya. 

    Mama okay je, asal anak bahagia.

    Mengulas mengenai ciri-ciri menantu idaman, Abby berkata dia hanya mahukan seseorang yang mampu membimbing anaknya itu dan memahami tanggungjawab sebenar dalam sebuah perkahwinan.

    Sebagai seorang ibu, kita nak yang terbaik untuk anak-anak, yang boleh bimbing anak saya. Yang paling penting sekali, berumah tangga ni sebenarnya lillahitaala.

    Kita tak boleh sekadar bernikah sahaja, kena fikir juga pasal tanggungjawab akan datang, kena fikir jauh sikit pemikiran tu. Bayangkan kalau ada anak-anak nanti macam mana.

    Saya mengharapkan anak saya mendapat seorang yang bertanggungjawab, memikirkan masa depan yang lebih baik untuk Marissa.

    Sebelum ini, nama Marissa kembali hangat diperkatakan selepas didakwa sudah menemui pengganti baharu iaitu pempengaruh, Munir Akhunov.

    Terdahulu, Marissa disahkan bercerai dengan pempengaruh, Ahmad Aslam.

    Kemelut rumah tangga Marissa menjadi perhatian apabila dia dilapor berkahwin dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

    Menerusi perkahwinan itu, Marissa bergelar isteri kedua berikutan Ahmad Aslam masih berstatus suami kepada pempengaruh, Umisya Mazlan.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Abby Abadi Tak Halang Marissa Dania Kahwin Lagi, Mahu Menantu Bertanggungjawab – ‘Saya Nak Yang Terbaik Untuk Dia’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah