32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita Hamil Dakwa Suami Curang Dengan Pelajar – ‘Aku Kerja Jauh, Balik Jumpa Baju Perempuan Dalam Beg Dia’

    Shopee Sale

    Seorang wanita meluahkan rasa kecewa terhadap suaminya yang didakwa curang dengan seorang pelajar.

    Artikel Berkaitan: Lelaki Berstatus Suami Orang Selamba Curang, Alasan Hantaran Dahulu Murah – ‘Modal Kahwin Dulu RM2,000 Je’

    Artikel Berkaitan: Wanita Dedah Suami Curang Dengan ‘Office Wife’ – ‘Perempuan Tu Mengaku Gugurkan Anak Hasil Zina’

    Suami curang

    Menerusi hantaran di Threads, wanita tersebut berkata, pelajar berkenaan mengetahui status hubungan mereka sebagai suami isteri dan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

    Aku tengah mengandung dan dahsyatnya budak student tu tahu aku mengandung tapi dia buat tak tahu.

    Memang dari awal dia tahu aku dengan suami aku tapi dia enggan nak mengaku dia ada hubungan.

    Lebih memeritkan apabila wanita tersebut menemui barang-barang yang didakwa milik pelajar tersebut di kediamannya, selain terlihat gambar mesra mereka.

    Aku kerja jauh-jauh cari rezeki, bila balik dalam beg dia aku jumpa baju perempuan bersama barang-barang yang langsung bukan milik aku.

    Aku tengah kemas rumah, siapa sangka akan jumpa barang yang memang bukan milik kita.

    Lepas tu nampak pula gambar dia mesra dengan perempuan lain. Aku masih tertanya, muka kau memang tebal atau tak ada otak?

    Tak apa, hari ini kau dengan suami aku boleh naik kepala, aku kenang aku tengah mengandung je tapi jangan ingat aku boleh duduk diam.

    Menurut wanita berkenaan, dia turut menyalahkan suami kerana sanggup curang di belakangnya dan didakwa tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik.

    Ya, tak sepenuhnya saya salahkan perempuan, kalau dua-dua melayan tapi fikir la juga saya yang hamil lima bulan ni.

    Sesen barang anak atau pergi appointment, sihat atau tidak..langsung tak ambil tahu.

    Laporan pun dah buat, tapi tahulah.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  Marissa Dania Bidas Aazief Khalid, Minta Jangan Masuk Campur Urusan Keluarga – ‘Tak Boleh Ke Pendapat Simpan Untuk Diri Sendiri?’

    The post Wanita Hamil Dakwa Suami Curang Dengan Pelajar – ‘Aku Kerja Jauh, Balik Jumpa Baju Perempuan Dalam Beg Dia’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah