29.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Sihir Pemisah Antara Sihir Terawal Wujud Dalam Tamadun Manusia’ – Fedtri Yahya

    Shopee Sale

    Sihir pemisah adalah salah satu perbuatan syirik yang dipercayai dilakukan untuk menimbulkan kebencian, perselisihan faham dan perpecahan di antara dua individu, khususnya pasangan suami isteri.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Kazim Kongsi Pengalaman Disihir – ‘Saya Nampak Perempuan Duduk Dekat Pintu Rumah, Dia Ketawa Sangat Menakutkan’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Mentua Tak Restu Perkahwinan, Lumur Darah Haid Sihir Menantu – ‘Kemaluan Rasa Terbakar’

    Sihir pemisah

    Menerusi hantaran di Threads, personaliti televisyen, Fedtri Yahya, tampil berkongsi tentang perkara tersebut yang menurutnya antara sihir yang terawal wujud dalam tamadun manusia.

    Tambah Fedtri, keluarga merupakan elemen penting di dalam sesebuah masyarakat serta agama. Justeru, perhubungan suami isteri yang terjejas pastinya akan memberikan impak besar.

    Sihir pemisah ialah antara sihir terawal wujud dalam tamadun manusia.

    Keluarga ialah benteng agama dan masyarakat. Apabila suami isteri bermusuhan tanpa sebab munasabah, kesannya berpanjangan kepada anak-anak dan keturunan.

    Syaitan sendiri mengutamakan usaha memisahkan suami isteri.

    Dalam masa yang sama, Fedtri juga berkongsi potongan hadis sahih yang menjelaskan tentang hasutan syaitan yang mahu merosakkan keharmonian dalam perkahwinan.

    Dalam hadis sahih, Iblis memuji syaitan yang berjaya memisahkan pasangan suami isteri, lebih daripada syaitan yang melakukan maksiat lain. Sahih Muslim.

    Orang yang terlibat dengan sihir, memang telah hitam hati. 

    Fedtri berkongsi tentang perkara tersebut di sebuah hantaran seorang warganet yang mempersoalkan tindakan segelintir individu yang suka mengganggu rumah tangga orang lain.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Semestinya Saya Nak Sempurna’ – Intan Najuwa Tempah Katil Bayi Raikan Anak Sulung, Netizen Teka Harga

    Sumber: Threads

    The post ‘Sihir Pemisah Antara Sihir Terawal Wujud Dalam Tamadun Manusia’ – Fedtri Yahya first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah