Penyanyi Thalita tampil membidas komen seorang netizen yang mendakwa penampilannya kelihatan seperti wanita dewasa berbanding usianya yang masih muda.
Artikel Berkaitan: Thalita Raih 99% Dalam Ujian Matematik, Netizen Luah Rasa Kagum – ‘Dahlah Berbakat, Pandai Pula Tu’
Thalita bidas komen

Menerusi ruangan komen di TikTok, seorang pengguna meluahkan pandangan bahawa dia bersyukur membesar seperti kanak-kanak dan bukannya kelihatan matang sebelum usia.
Kenapa budak-budak sekarang dah macam adult.. yes she can wear whatever she wants but I’m glad that we all grew up like a kid instead of grew up like an adult.. congrats to us.
Tidak berdiam diri, Thalita menjelaskan solekan yang dipakainya adalah atas tuntutan kerjaya sebagai penyanyi yang sering membuat persembahan di atas pentas.
Okay, first thing first saya makeup macam tu sebab saya menyanyi kak. Saya duduk atas stage, kena la ada makeup yang tebal supaya korang boleh nampak.
Bagaimanapun, penjelasan tersebut turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang menasihati penyanyi itu agar tidak terlalu melayan komen negatif dan terus memberi tumpuan kepada kerjayanya.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’ first appeared on OHBULAN!.






