32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fattah Amin Hilang Sabar, Dakwa Akaun ‘Musang Berjanggut’ Sebar Fitnah Melampau – ‘Dah Tiba Masa Kita Semua Report’

    Shopee Sale

    Pelakon Fattah Amin tampil bersuara susulan satu akaun di Threads yang didakwa mengandungi pelbagai fitnah dan tuduhan melampau terhadap dirinya.

    Fattah Amin bersuara

    Menerusi hantaran balas di Threads, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin, berkata dia sebelum ini memilih untuk tidak melayan segala dakwaan atau fitnah yang melibatkan dirinya. 

    Bagaimanapun, Fattah mendakwa beberapa perkara yang dibangkitkan oleh akaun ‘Musang Berjanggut’ telah melampaui batas.

    Saya sebenarnya tak nak kisah atas benda-benda remeh dan fitnah yang selama ini telah awak cipta. Tapi rasanya naratif yang digunakan, fitnah yang diada-adakan ini dah semakin melampau.

    Fattah turut menafikan dakwaan berhubung isu yuran persekolahan anaknya, Nur Fatima Aisya yang dikatakan tertunggak.

    Dalam masa sama, Fattah turut mempersoalkan bagaimana maklumat berkenaan boleh tersebar sehingga diketahui pihak lain, sedangkan perkara tersebut merupakan maklumat peribadi dan sulit antara pihak sekolah serta ibu bapa.

    Pertama, tentang yuran yang tertangguh, sila check dengan pihak sekolah Fatima sekarang tentang yuran tersebut, sebab nampak gaya awak seperti ada akses tentang semua perkara peribadi yang melibatkan saya dan bekas isteri.

    Bukankah ia adalah P&C di antara pihak sekolah dan ibu bapa?

    Fattah Amin dah buat laporan polis, MCMC

    Pelakon filem Pendekar Awang itu mendedahkan dia telah lama membuat laporan terhadap akaun berkenaan kepada pihak polis dan MCMC, namun mendakwa tiada sebarang tindakan diambil sehingga kini.

    Kedua, saya dah lama report akaun awak ini pada PDRM dan SKMM MCMC sebab dah bertahun-tahun awak wujudkan fitnah-fitnah ini. Tapi sampai sekarang masih tiada tindakan.

    Selebihnya saya tak nak komen sebab anda semua boleh menilai sendiri bahasa dan kata-kata akaun Musang ini.

    Sehubungan itu, Fattah menyeru orang ramai untuk melaporkan akaun berkenaan agar tindakan sewajarnya dapat diambil.

    Jadi mungkin dah sampai masa kita gunakan butang report ini beramai-ramai supaya akaun seperti ini tidak sepatutnya wujud dalam kalangan masyarakat kita.

    Sebab ia boleh memecah-belahkan keharmonian rakyat Malaysia yang terkenal dengan budi bahasa dan bahasa yang sopan santun.

    Sebagai orang Islam juga, fitnah adalah dilarang sebagaimana dalam Surah An-Nur ayat 19.

    Sumber: Threads Fattah Amin

    MENARIK:  Nabila Razali Terlibat Kemalangan, Bumper Kereta Tercabut

    The post Fattah Amin Hilang Sabar, Dakwa Akaun ‘Musang Berjanggut’ Sebar Fitnah Melampau – ‘Dah Tiba Masa Kita Semua Report’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah