33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Latihan Pestapora Kembali Untuk Edisi Kedua, Hiburan 12 Jam Tanpa Henti!

    Shopee Sale

    Selepas kejayaan luar biasa pada tahun lalu, festival muzik rentas sempadan yang dinanti-nantikan, Latihan Pestapora 2026 bakal kembali untuk edisi kedua pada 15 Ogos ini bertempat di Stadium Hoki, Bukit Jalil.

    Artikel Berkaitan: Latihan Pestapora Malaysia 2025 Disambut Meriah, Kehadiran Sheila On 7 Buat Peminat Tenggelam Dalam Kenangan!

    Artikel Berkaitan: Sheila On 7 Bakal Gegarkan Bukit Jalil Julai Ini

    Kehadiran lebih 15 artis

    Festival penganjuran Hitman Solutions dan Boss Creator menjanjikan pengalaman yang luar biasa kepada para peminat galau dengan menampilkan karya muzik daripada negara jiran, Indonesia dan Malaysia.

    Kira-kira lebih 15 artis bakal mempersembahkan lagu pilihan mereka selama 12 jam tanpa henti sambil dimeriahkan dengan kehadiran sekitar 50 vendor makanan dan gaya hidup pada edisi tahun ini.

    Pada tahun lalu, Latihan Pestapora telah mencipta detik bersejarah dalam landskap muzik serumpun apabila berjaya menyatukan peminat merentasi sempadan melalui kuasa muzik dengan kehadiran luar biasa seramai 25,000 pengunjung, termasuk 10,000 pelawat antarabangsa.

    MENARIK:  Atiq Azman Buka Kelas Lakonan, Bayaran Hanya RM350

    Festival tersebut menampilkan 27 artis dari Malaysia dan Indonesia termasuk Bunkface, Bittersweet, Pamungkas, Kunto Aji, Nadin Amizah serta kemunculan istimewa Sheila On 7 yang dinanti-nantikan ramai.

    Pada edisi kali ini, para pengunjung akan menerima satu botol air mineral percuma, di samping pelbagai aktiviti menarik di kawasan festival.

    Orang ramai sudah boleh mula mendapatkan tiket ‘Blind Sale’ bagi kategori General Admission (Free Standing) pada 30 April 2026 dengan harga RM129.00.

    Maklumat lanjut mengenai perkembangan terkini boleh ikuti @latihanpestapora.my di media sosial atau layari laman rasmi http://www.latihanpestaporamalaysia.com.

    The post Latihan Pestapora Kembali Untuk Edisi Kedua, Hiburan 12 Jam Tanpa Henti! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah