Pada Ramadan tahun ini, kita bakal menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang menakjubkan, sekaligus mengingatkan umat Islam akan kebesaran Ilahi.
Artikel Berkaitan: Bulan Mengambang, Gerhana ‘Wolf Moon’ Jadi Tumpuan Dunia
Gerhana bulan
Fenomena ini dijangkakan bakal berlaku pada hari ini iaitu 3 Mac 2026 bersamaan dengan 13 Ramadan 1447H.
Gerhana bulan penuh tersebut bukan sekadar fenomena langit, tetapi ia terjadi sebagai tanda peringatan daripada Allah SWT supaya kita menyedari betapa kecilnya kuasa manusia jika dibandingkan denganNya.
Untuk makluman, fenomena alam itu akan bermula pada 7.26 malam ini, di mana fasa gerhana penuh akan mula kelihatan sebaik sahaja bulan terbit di ufuk.
Kemudian pada jam 7.34 malam akan berlakunya kemuncak gerhana. Ia adalah waktu di mana bulan berada sepenuhnya dalam bayang-bayang umbra bumi.
Setelah itu, pada jam 8.03 malam ini, akan tamat gerhana penuh iaitu fasa gerhana penuh beralih semula ke fasa gerhana separa.
Fasa gerhana separa dijangka berakhir pada jam 9.17 malam, sekali gus menutup keseluruhan fenomena gerhana bulan pada malam ini.
Solat sunat gerhana

Dalam pada itu, Islam juga menganjurkan umatnya untuk menunaikan ibadah khusus ketika fenomena ini berlaku, iaitu dengan mengerjakan solat sunat gerhana bulan.
Memandangkan gerhana bulan penuh ini berlaku di dalam bulan Ramadan, terdapat dua pilihan pelaksaan solat sunat.
Pilihan satu (selepas solat Maghrib): Mendirikan solat Maghrib, solat sunat ba’diah Maghrib, kemudian solat sunat gerhana bersama khutbah ringkas sebelum solat Isyak dan tarawih.
Pilihan dua (selepas solat Isyak): Mendirikan solat sunat Isyak, solat sunat ba’diah Isyak dan disusuli dengan solat sunat gerhana bersama khutbah ringkas, kemudian diakhiri dengan tarawih.
Sumber: FB Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
The post Langit Ramadan Bakal Dipayungi Gerhana Bulan Penuh Malam Ini, Berikut Pilihan Pelaksanaan Solat Sunat first appeared on OHBULAN!.





