26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kritik Bau Badan Kaum Lelaki, Penyampai Berita Dikecam Hingga Terpaksa Berhenti Kerja

    Shopee Sale



    Gara-gara mengkritik bau badan kaum lelaki, penyampai berita dari Jepun hilang pekerjaan selepas menerima kecaman hebat daripada netizen.

    Mohon maaf secara terbuka

    Memetik laporan South China Morning Post (SCMP), wanita yang dikenali sebagai Yuri Kawaguchi, 29, menyuarakan pendapatnya itu menerusi perkongsian di platform X, pada 8 Ogos lalu.

    Saya benar-benar minta maaf jika ada situasi peribadi, tetapi bau lelaki pada musim panas atau bau badan orang yang tidak bersih, sangat tidak selesa.

    Saya mahu menjadi bersih, jadi saya mandi beberapa kali sehari, menggunakan kain lap penyegar, dan menggunakan deodoran sepanjang tahun. Saya rasa lebih ramai lelaki patut melakukan ini.

    Pandangannya itu bagaimanapun mengundang rasa kurang senang golongan lelaki malah mereka menyifatkan Yuri bersikap feminis dan mendiskriminasi jantina.

    MENARIK:  Dari Cabaran Ke Jutawan! Kisah Inspirasi Usahawan TikTok Shop Ini Buat Ramai Kagum!

    Susulan daripada kritikan ramai, Yuri telah tampil membuat permohonan maaf dan meletak jawatan daripada pekerjaannya.

    Difahamkan, agensi yang mewakili wanita itu iaitu Voice, memberitahu bahawa mereka menerima banyak aduan dan e-mel sehingga akhirnya mereka memutuskan untuk menamatkan kontrak Yuri.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah