34 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Janna Nick Dedah Tak Pernah Dijemput Ke Majlis Baby Shower & Gender Reveal – ‘Mereka Takut Saya Sedih Ke?’

    Shopee Sale

    Pelakon Janna Nick mendedahkan dia tidak pernah menerima jemputan daripada rakan-rakan untuk menghadiri majlis sambutan bayi atau pengumuman jantina.

    Artikel Berkaitan: Janna Nick Kongsi Tip Jaga Solat Ketika ‘Travel’ – ‘Saya Bawa Telekung & Botol Spray Saja’

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Membesar Di Flat, Classy Tak Boleh Dibuat’ – Janna Nick

    Janna Nick tak dijemput ke majlis bayi

    View on Threads

    Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Nurul Jannah Muner, 31, bagaimanapun percaya kemungkinan mereka tidak menjemputnya ke majlis berkenaan kerana bimbang dia berasa sedih, memandangkan dirinya kini sedang melalui proses TTC (trying to conceive).

    TTC sister to TTC sisters.

    Saya baru sedar kawan-kawan tak pernah jemput saya pergi baby shower / gender reveal. Majlis lain, rumah terbuka ke apa, mereka jemput je. 

    Jadi saya tertanya, mereka takut saya sedih ke? Sumpah, saya tak sedih langsung.

    Mengulas lanjut, Janna memaklumkan bahawa dia tidak berkecil hati apatah lagi berasa sedih melihat kebahagiaan orang lain yang sedang melalui fasa kehamilan dan menerima cahaya mata.

    Sebagai seseorang yang sedang TTC, saya gembira bila tengok orang lain mengandung, dapat baby, announce pregnancy, semua tu.

    Menurut Janna, walaupun ada ketikanya seseorang mungkin berasa sedih dengan perjalanan yang sedang dilalui, tetapi perasaan itu tidak bermakna mereka tidak mampu meraikan kebahagiaan orang lain.

    Mungkin ada masa kita rasa sedih dengan perjalanan sendiri, yes. Tapi itu tidak bermakna kita tak boleh meraikan kebahagiaan.

    Untuk rekod, Janna dan Dini Schatzmann mendirikan rumah tangga pada Jun 2023. 

    MENARIK:  [VIDEO] Kris Dayanti Tak Ada Niat Tenggelamkan Liza Aziz, Berlaku Salah Faham Teknikal – ‘Jangan Marah Saya’

    Sumber: Threads

    The post Janna Nick Dedah Tak Pernah Dijemput Ke Majlis Baby Shower & Gender Reveal – ‘Mereka Takut Saya Sedih Ke?’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah