32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah’ – Rakaman Suara Detik Cemas Juruterbang Nahas Elmina

    Shopee Sale



    Laporan akhir insiden pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1), N28JV yang terhempas di Elmina, Shah Alam tahun lalu didedahkan pada hari ini.

    Keadaan panik

    Berdasarkan laporan Harian Metro, transkrip perakam suara kokpit milik pesawat itu telah dikeluarkan oleh Biro Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) menerusi Laporan Akhir insiden tersebut.

    Transkrip perakam suara pesawat berkenaan menunjukkan juruterbang sedang berkomunikasi dengan menara kawalan di Subang sebelum mendarat.

    Pesawat itu telah mendapatkan kebenaran untuk mendarat di menara kawalan semasa menghampiri Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

    Kemudian, bunyi klik dirakam melalui mikrofon di kawasan kokpit atau sumber bunyi pada jam 06:48:56.9 (Koordinasi Masa Sejagat/Coordinated Universal Time).

    Perkara tersebut menunjukkan bahawa lift dump spoilers pesawat berkenan sudah diaktifkan. Seminit kemudian, bunyi yang sama dengan nada amaran lift dump kedengaran dan berlarutan selama satu setengah saat.

    Komunikasi terakhir

    Berikut adalah perbualan terakhir antara dua anak kapal pesawat tersebut iaitu Juruterbang (PIC) dan Pembantu Juruterbang (SIC) yang dipercayai berada di dalam keadaan panik sejurus sebelum nahas tragis itu berlaku.

    Jam 06:49:00.0
    SIC: Woah woah woah woah woah woah woah woah. Apa yang sedang berlaku?

    MENARIK:  Peluang Menang Besar! Sunway Mega Roadshow Tawar Hadiah Melebihi RM2 Juta

    Jam 06:49:10.2
    SIC: Oihhh… oihhh oihh.

    Jam 06:49:11.2
    PIC/Juruterbang: Ya Allah. [menjerit]

    Jam 06:49:11.2
    SIC: Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah [menjerit]

    Dalam pada itu, menerusi laporan berkenaan juga, nada amaran lift dump didengari sehingga rakaman tersebut tamat.

    Difahamkan pada 10 saat terakhir, Enhanced Ground Proximity Warning System telah diaktifkan bersama amaran seperti ‘minimums’, ‘sink rate’, dan ‘pull up’.

    Untuk info, insiden pesawat ringan terhempas di Lebuhraya Guthrie, Elmina pada 17 Ogos tahun lalu telah mengorbankan 10 mangsa iaitu penumpang, krew pesawat dan dua lagi mangsa adalah pemandu sebuah kereta dan penunggang motosikal yang kebetulan lalu di lokasi kejadian.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah