31 C
Kuala Lumpur
Monday, September 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Siasatan Felda: Bekas pengarah besar tiba di mahkamah bagi prosiding reman

    Shopee Sale

    Bekas pengarah besar FELDA tiba di Mahkamah Majistret di Putrajaya hari ini bagi prosiding reman berkaitan kes salah guna kuasa berhubung pelantikan syarikat pemaju bagi sebuah projek di ibu negara, selain urusan penjualan tanah milik badan berkanun berkenaan.

    Individu berusia lewat 60-an itu tiba pada 9.15 pagi dengan menaiki kenderaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berbaju kolar berwarna hijau.

    Beliau ditahan pada 4 petang semalam bersama lelaki berusia lingkungan 50-an ketika diminta hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

    Minggu lepas, SPRM membuka tujuh kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah membabitkan FELDA serta anak syarikatnya, FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).

    Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman dilaporkan berkata penyiasatan khas berskala besar yang dinamakan sebagai Ops FELLA menumpukan kepada transaksi pelaburan dan pengambilalihan aset oleh pengurusan FELDA dan FIC dalam tempoh 10 tahun, iaitu antara 2010 hingga 2020.

    MENARIK:  PM: Usah perguna isu agama jadi senjata politik

    Daripada jumlah itu, enam kertas siasatan baharu dibuka pada 24 Ogos lepas manakala satu lagi adalah kertas siasatan lama yang masih aktif dan sedang menjalani proses Bantuan Perundangan Bersama (MLA).

    Kertas siasatan berkenaan merangkumi isu pelaburan Syarikat Tataran Aras Sdn Bhd yang berpusat di Limbang, Sarawak, pengambilalihan Grand Borneo Hotel Sdn Bhd di Sabah serta pembelian Grand Plaza Serviced Apartments di London.

    Siasatan turut difokuskan kepada penubuhan Felda Wellness Corporation Sdn Bhd, pengambilalihan Felda House dan Grand Felda House serta dugaan penyelewengan dalam pembangunan Projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC).

    Satu kertas siasatan lama yang masih belum ditutup dan kini dalam proses MLA membabitkan hartanah Park City Grand Plaza turut diteliti semula secara selari, menjadikan keseluruhan kes yang dikaji beroperasi di bawah tujuh kertas siasatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah