Perkongsian terbaharu pelakon Erynne Erynna yang mendidik dan memberi pendedahan kepada anaknya, Medinah tentang hakikat dunia hanyalah sementara dan segalanya adalah milik Allah SWT menyorot perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Erynne Erynna Nikmati Fasa Sebagai Ibu Tunggal, Mahu Jadi Contoh Terbaik Buat Anak – ‘Tak Mudah Tapi Alhamdulillah’
Artikel Berkaitan: ‘Suami Orang Tolong Jangan DM Saya, Hormat Pasangan Kalian’ – Erynne Erynna
Ajar anak agama Islam
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Syazlynne Erynna Abdullah, 29, berkongsi perbualannya bersama Medinah mengenai kehidupan dunia dan akhirat.
Dalam video itu, Erynne dilihat mengajukan beberapa soalan kepada Medinah bagi menguji cara anaknya berfikir.
Mempersiapkan hati dan fikirannya untuk memahami bahawa dunia ini hanyalah sementara, dan segala yang kita cintai pada akhirnya adalah milik Allah.
Semoga hati kita sentiasa terikat dengan Allah dan sentiasa menemukan ketenangan terbesar kita di dalam-Nya.
Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya turut berbangga dengan jawapan Medinah.
Komen netizen


Sumber: Threads
The post [VIDEO] Erynne Erynna Didik Anak Dunia Hanya Pinjaman Allah SWT Raih Perhatian Netizen first appeared on OHBULAN!.





