Pempengaruh sensasi Nur Sajat, meluahkan rasa gembira apabila dapat bertemu semula dengan ibunda tercinta selepas enam tahun terpisah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Roslan Shah Sebak Pertemukan Sajat & Ibu – ‘Dia Memeluk Anak Yang Sudah Lama Tidak Bertemu’
Artikel Berkaitan: Sajat Syukur Bersatu Semula Dengan Anak Selepas Empat Tahun Terpisah, Netizen Tumpang Gembira – ‘Awak Memang Ayah Hebat
Bertemu ibu

Menerusi hantaran terkini di laman Threads, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 41, menyifatkan pertemuan bersama ibunya sebagai satu detik yang amat bermakna.
Menurut Sajat, tempoh enam tahun bukanlah suatu jangka masa yang singkat kerana banyak perkara yang terjadi, malah dia terlepas pelbagai momen indah.
Akhirnya, bersama ibu saya lagi selepas enam tahun.
Enam tahun adalah masa yang sangat panjang untuk berjauhan dengan seseorang yang kita sayangi.
Banyak perkara telah berlaku, begitu banyak detik yang telah berlalu, dan tidak terhitung berapa kali saya teringin untuk duduk di sisinya semula.
Bagaimanapun, segala kerinduan itu akhirnya terubat apabila Sajat akhirnya berpeluang untuk bersatu semula dengan ibunya.
Hari ini apabila dapat melihat, memeluk dan meluangkan masa bersamanya terasa seperti sesuatu yang sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata.
Hidup mungkin membawa kita jauh, tetapi jarak tidak akan pernah mampu menghapuskan kasih sayang antara seorang ibu dan anaknya.
Terdahulu, pengacara dan penyanyi Roslan Shah turut berkongsi momen pertemuan Sajat bersama ibunya di Singapura.
Sumber: Threads
The post ‘Bila Dapat Melihat & Memeluk Ibu, Ia Adalah Sesuatu Yang Sukar Untuk Saya Ungkapkan Dengan Kata-Kata’ – Sajat first appeared on OHBULAN!.





