34.7 C
Kuala Lumpur
Monday, September 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kalau Tak Pergi Sambutan Hari Kemerdekaan Rasa Kosong’ – Tun Mahathir

    Shopee Sale

    Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai sebab tersendiri mengapa tidak mahu ketinggalan menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan setiap tahun.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tun Mahathir Raih Perhatian, ‘Drive’ Sebelah Tangan Sambil Dengar Radio Hot FM – ‘Hebatnya Cinta Ayah Terhadap Proton’

    ‘Tak pergi rasa kosong’

    Menerusi satu hantaran video, Tun Mahathir atau mesra disapa Tun M, 101, berkata, sambutan Hari Kebangsaan memberikan kegembiraan kepadanya dan kehadiran pada acara berkenaan menjadi satu kewajipan.

    Selama negara kita Merdeka, 69 tahun. Tiap-tiap tahun, itulah perayaan yang saya berasa amat gembira.

    Saya akan pergi, kalau tak pergi saya akan rasa kosong. Sebab itu saya mesti mahu lihat sambutan Hari Kebangsaan.

    Saya mahu lihat apakah sambutan masih sama seperti dahulu. Itu lah tujuan saya pergi.

    Tambah Tun Mahathir, antara perkara yang sering menjadi perhatiannya ketika menghadiri sambutan berkenaan adalah menyaksikan kehadiran ramai golongan muda.

    Seperti saya sebut dalam blog saya, salah satu daripada perkara yang saya nak lihat ialah sama ada ramai atau tidak anak muda.

    Mereka lahir selepas negara Merdeka, tidak pernah merasai hidup dijajah, jadi Kemerdekaan untuk orang yang biasa dijajah berbeza daripada orang lain.

    Orang tak pernah rasa dijajah tak pernah tahu betapa perasaan hina semasa negara kita dijajah. Sekarang kita sudah Merdeka.

    Terdahulu, kehadiran Tun Mahathir pada Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya mencuri tumpuan ramai apabila dia hadir berkerusi roda dan memilih untuk bersama rakyat di luar kawasan VIP.

    MENARIK:  Chef Wan Letih Layan Drama Anak-Anak, Akur Bayar RM150k Kepada Bekas Menantu

    Sumber: TikTok

    The post ‘Kalau Tak Pergi Sambutan Hari Kemerdekaan Rasa Kosong’ – Tun Mahathir first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah