31 C
Kuala Lumpur
Monday, September 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tular Foto Abdah Alif Kahwini Gadis 20-an, Adik Sahkan – ‘Mereka Dah Bernikah, Mungkin Sekarang Tengah Berbulan Madu’

    Shopee Sale

    Persoalan mengenai status perkahwinan legenda bola sepak negara, Datuk Abdah Alif, terjawab selepas adiknya, Datuk Yunus Alif mengesahkan abangnya itu telah selamat mendirikan rumah tangga baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: ‘Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Bidadariku, Genggam Tangan Hingga Ke Syurga’ – Suami Mira Filzah

    Abdah Alif kahwini gadis muda

    Memetik laporan Berita Harian, Yunus yang juga bekas pemain kebangsaan dan jurulatih berkata, Abdah, 72, sah bergelar suami selepas melangsungkan pernikahan pada 27 Ogos lalu di Kuala Terengganu.

    Menurutnya, perkahwinan tersebut turut mendapat persetujuan serta restu daripada kedua-dua belah keluarga.

    Alhamdulillah mereka baru saja nikah pada 27 Ogos lalu. Kedua-dua keluarga bersetuju jadi tak ada masalah. Kita doakan agar mereka berdua berbahagia.

    Mungkin sekarang tengah berbulan madu. Sebab itu tak angkat (Datuk Abdah Alif) panggilan.

    Dalam pada itu, Yunus turut menitipkan doa agar bahtera rumah tangga yang dibina abangnya bersama pasangan pilihan hati terus dilimpahi kebahagiaan.

    Betul mereka dah nikah, dan kita doakan terbaik buat mereka berdua.

    Semoga mereka bahagia dan kekal hingga ke Jannah.

    Sebelum ini, namaa legenda bola sepak negara, Datuk Abdah Alif, menjadi perhatian selepas sekeping foto perkahwinan yang didakwa memaparkan dirinya bersama seorang wanita muda tular di media sosial baru-baru ini.

    MENARIK:  Netizen Persoal Ahli Senario Tidak Sekaya Pelawak, Saiful Apek Tak Melatah Beri Respon

    Foto berkenaan memaparkan individu yang didakwa sebagai Abdah, 72, bergambar bersama seorang wanita berusia 20-an yang dipercayai pasangannya, dalam persalinan serba putih pada sebuah majlis perkahwinan.

    Sumber: Berita Harian

    The post Tular Foto Abdah Alif Kahwini Gadis 20-an, Adik Sahkan – ‘Mereka Dah Bernikah, Mungkin Sekarang Tengah Berbulan Madu’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah