31 C
Kuala Lumpur
Monday, September 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fadhli: Kenapa PH melatah bila PAS sentuh isu Amerika?

    Shopee Sale

    PAS mempersoalkan tindakan PH  yang didakwa 'melatah' berhubung kenyataan presiden parti itu, Abdul Hadi Awang yang kononnya  Amerika Syarikat (AS) cuba  campur tangan menjatuhkan kerajaan Malaysia sebelum 2018.

    Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya hairan dengan reaksi itu sedangkan PAS tidak pernah mengaitkan PH dalam isu terbabit.

    “Apa kepentingan mereka dalam isu ini? Kenapa tiba-tiba melatah dan buat laporan polis? Adakah presiden PAS mengaitkan mana-mana pihak dari Pakatan Harapan dalam isu ini? Tidak sekali-kali.

    “Jadi, kenapa mereka melatah? Atau mereka sebenarnya yang ada kaitan?” soalnya dalam satu kenyataan media yang turut dikongsikan di media sosial hari ini.

    Ahmad Fadhli berkata, , perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana pertikaian kedua-dua pihak boleh diselesaikan melalui kaedah undang-undang.

    "Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menafikan perkara ini. Ada kaedah undang-undang untuk selesaikan pertikaian antara dua pihak terbabit iaitu saman sivil.

    Dia menambah, pimpinan PAS tidak pernah mengaitkan mana-mana individu atau parti daripada PH dalam kenyataan berhubung usaha menjatuhkan kerajaan Malaysia sebelum tahun 2018 itu.

    Semalam, Kedutaan AS menafikan dakwaan Abdul Hadi, bahawa wakil negara itu pernah menawarkan bantuan kepada parti Islam berkenaan untuk menjatuhkan kerajaan BN.

    David H Gamble Jr, yang kini mengetuai Kedutaan AS di Kuala Lumpur, berkata negaranya tidak pernah mencuba untuk menentukan kepimpinan politik Malaysia. 

    MENARIK:  Polis Hong Kong siasat dengan menyeluruh kebakaran bangunan kediaman

    Sebarang dakwaan sebaliknya adalah palsu, katanya.

    Dalam ucapan penggulungan pada Muktamar PAS ke-72 di Kota Bharu Sabtu lalu, Abdul Hadi mendakwa tawaran tersebut dibuat ketika salah satu lawatan bekas Presiden AS, Barack Obama, ke Malaysia. Ketika itu, beberapa pemimpin PAS telah dijemput menghadiri satu acara di Kedutaan AS di Kuala Lumpur.

    Kedua-dua lawatan Obama ke Malaysia pada 2014 dan 2015 berlaku ketika Najib Razak masih menjadi perdana menteri. Najib kini dipenjarakan selepas disabitkan kesalahan pada 2020 atas tujuh pertuduhan membabitkan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan dana RM42 juta milik SRC International.

    Abdul Hadi berkata perkara itu berlaku ketika PAS merupakan sebahagian daripada gabungan Pakatan Rakyat. Dia turut berkata Setiausaha Agung PAS ketika itu, Takiyuddin Hassan, dan Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar, yang ketika itu merupakan setiausaha politiknya, turut menghadiri acara berkenaan.

    Abdul Hadi berkata dia menghadiri jemputan itu bersama bekas Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali.

    “Dia tanya, ‘Siapa PAS cadang jadi perdana menteri?’

    “Saya kata, ‘Siapa Amerika setuju?’

    “Tergamam dia!

    “Saya jawab, ‘Amerika setuju siapa dia? Amerika sokong siapa dia?’ Itu jawapan daripada saya,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah