Perkongsian terbaharu penyanyi, Tom yang memaparkan video dia memeluk suaminya, Fuad Rahman menyorot perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Dah Nak Bercerai Dengan Fuad, Sebab Curang Dengan Lelaki Lain’ – Tom
Artikel Berkaitan: ‘Nak Meluncur Tak Nak Pakai Baju Pun Pergilah’ – Fuad Balas Kenyataan Tom Bakal Bercerai
Fuad dan Tom dah berbaik?
Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, Tom atau nama lengkapnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 40, dipercayai pulang ke rumahnya bersama anak-anak untuk bertemu suami tercinta.
Tom turut berkongsi momen bahagia apabila dia berpelukan dengan suami dan anak-anak, sekali gus memberi bayangan bahawa hubungan rumah tangga mereka kembali pulih.
‘Forever and one’
Yang sakitkan hati aku, kau. Penawar sakit hatiku ini juga, kau.
Lari berpelukan
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet yang gembira melihat Tom dan Fuad kembali bersama.
Mereka turut mendoakan agar pasangan ini bahagia hingga ke jannah.
Pada Jumaat, Tom menerusi satu hantaran di Facebook mendakwa bakal bercerai dengan Fuad. Ujarnya, punca keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan kecurangannya sendiri dengan lelaki lain.
Sebelum ini, timbul dakwaan rumah tangga pasangan ini sedang dilanda masalah. Namun, Tom dan Fuad menafikan perkara tersebut dan masih baik dan tiada sebarang perselisihan berlaku.
Untuk rekod, Tom dan Fuad bernikah pada 26 Februari 2023 selepas mereka sama-sama terlibat dalam program Gegar Vaganza musim ke-9.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Anggun Lovellia yang kini berusia 2 tahun.
Sebelum itu, Tom juga pernah berkahwin sebanyak tiga kali namun berakhir dengan perceraian. Hasil perkahwinan tersebut, dia memiliki tiga orang cahaya mata lelaki.
Komen netizen

Sumber: Facebook Tom
The post Kongsi Video Berpelukan, Tom & Fuad Dah Berbaik? – ‘Forever & One’ first appeared on OHBULAN!.





