Pereka fesyen terkenal, Anuar Faizal tampil dengan pendekatan berbeza bagi koleksi busana lelaki sempena Aidilfitri tahun ini apabila mengetengahkan rekaan beridentiti tersendiri atau ‘signature look’ yang berlainan daripada gaya konvensional.
Artikel Berkaitan: ‘Orang Hanya Nampak Sisi Glamor’ – Fiziwoo Akui Dunia Fesyen Tempatan Tidak Seindah Disangka
Artikel Berkaitan: El Azman Didakwa Ciplak ‘Design’ Samping Suami Tyra Kamaruzzaman? – ‘We Need To Talk’
Potongan ‘loose fit’ beri aura lebih santai

Ketika ditemui , Anuar berkata tempoh sambutan Aidilfitri yang berlangsung sepanjang sebulan memberi ruang kepada lelaki untuk bereksperimen dengan pelbagai gaya setiap minggu tanpa terikat kepada hanya satu persalinan tradisional.
Inspirasi koleksi terbaharu saya banyak menonjolkan kelebihan fabrik sari yang diolah semula menjadi busana moden lelaki.
Selain itu, ada rekaan yang berbeza seperti blazer.
Saya suka tonjolkan kelebihan kain sari itu sendiri, fabriknya sedap, ringan, jenis cotton mix.
Koleksi kali ini lebih 15 rekaan separate pieces yang boleh digayakan ikut citarasa.
Kalau tengok sekarang, trend semasa kini lebih menjurus kepada potongan loose fit yang bukan sahaja selesa, malah memberi aura lebih santai dan bergaya kepada pemakai
Anuar berkata demikian selepas selesai pertunjukan fesyen yang sarat dengan elemen estetika serta menampilkan konsep berbeza daripada sebelumnya, yang berlangsung di Feruni Ceramiche.
Perlukan komitmen untuk hasilkan rekaan berkualiti

Menerusi pertunjukan busana raya tersebut, para pencinta fesyen seakan-akan dibawa menyusuri naratif rekaan serta sejarah budaya tempatan yang menjadi inspirasi setiap pereka terlibat.
Menyentuh mengenai soal kos, dia tidak menafikan kewujudan fesyen pantas pada harga rendah sedikit sebanyak membentuk persepsi pengguna.
Namun begitu, Anuar menegaskan bahawa menghasilkan rekaan berkualiti tinggi memerlukan komitmen dan usaha yang besar.
Sebagai pereka, kita labur masa, idea, fabrik, jahitan, corak.
Semuanya ada nilai. Bukan sekadar baju siap.
Dalam perkembangan lain, Anuar yang juga merupakan antara pengarah jenama Royal Sembilan bakal melancarkan butik fizikal di Bangsar Shopping Centre pada Ahad ini.
Matlamat kami nak budaya Negeri Sembilan dikenali dan dipakai semua.
Semua rekaan memang hasil design sendiri.
Katanya lagi, walaupun persiapan menjelang pembukaan dibuat dalam tempoh yang agak singkat, beliau yakin butik tersebut mampu menjadi medium baharu untuk memperkukuh dan memperluas pengaruh jenama tempatan berkenaan dalam industri fesyen negara.
Tambahnya, kolaborasi terdahulu bersama Feruni Ceramiche memberi ruang untuk meneroka idea kreatif baharu apabila mereka menggabungkan elemen seni bina dengan fesyen dalam satu konsep yang unik.
Sementara itu, kerjasama tersebut turut mengetengahkan nilai estetika Malaysia yang kaya dengan seni dan tradisi, termasuk konsep mandi bunga yang diterjemahkan dalam bentuk fesyen moden.
Kami merancang untuk lebih banyak kerjasama selepas ini sebab masih banyak peluang yang boleh diteroka.
The post ‘Kita Labur Masa & Idea, Bukan Sekadar Baju Siap’ – Anuar Faizal Tegaskan Nilai Rekaan first appeared on OHBULAN!.





