Pelakon Zila Bakarin mendedahkan terdapat segelintir individu yang kurang senang dengan perubahan fizikal dan berat badannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zila Bakarin Kongsi ‘Skill’ Anak Memasak, Netizen Terpesona Lihat Kecantikan – ‘Muka Ada Iras-Iras Amelia Henderson!’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Cita-Cita Dari Kecil Nak Jadi Popular, Kalau Pergi Pasar Malam Saya Feeling Jadi Cantik’ – Zila Bakarin
Luahan Zila Bakarin
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin, berkongsi bahawa baru-baru ini, dia telah ditegur oleh seorang individu yang melemparkan kritikan negatif terhadap penampilannya.
Tahu tak, baru-baru ini ada orang kata saya gemuk..dah tak cantik dan sekarang.
Saya memang suka gemuk dan sudah penat jadi cantik.
Awak semua, salah ke gemuk? Salah ke tak cantik?
Menurut Zila, sebelum ini dia pernah mengamalkan diet dan memiliki badan yang kurus namun mengalami masalah kesihatan sehingga dimasukkan ke hospital.
Dulu saya kurus, diet betul-betul. Tak ada cucuk atau potong (perut) tapi itulah, tiga empat kali masuk wad.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati Zila supaya tidak mengendahkan perkara tersebut dan hanya menikmati kehidupannya ketika ini.
Dalam masa sama, warganet memuji kecantikan Zila yang dilihat tetap terserlah dan pada mereka yang paling penting adalah aktres itu sentiasa sihat meskipun fizikalnya berubah.
Sumber: Threads
The post ‘Ada Orang Kata Saya Gemuk, Salah Ke Tak Cantik?’ – Zila Bakarin first appeared on OHBULAN!.





