34.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Warisi Thalasemia Dari Sebelah Ayah & Dua Kali Bersalin Secara Czer.. Doktor Tak Galakkan Untuk Mengandung’ – Shila Amzah

    Shopee Sale

    Penyanyi, Shila Amzah mendedahkan bahawa keadaan kesihatannya yang menghidap thalasemia berkait rapat dengan faktor genetik yang diwarisi daripada sebelah bapa.

    Artikel Berkaitan: Shila Amzah Syukur Terima Sambutan Luar Biasa Di China, Tak Ambil Pusing Soal Perbandingan Peminat Dua Negara – ‘Hanya Tempat Saja Berbeza’

    Artikel Berkaitan: ND Lala Tumpang Bangga Dengan Kejayaan Shila Amzah Di China, Imbas Momen Keluarkan Duit Simpanan Untuk Hasilkan Album Sulung

    Sejarah keluarga

    Menerusi satu hantaran di Threads, seorang pengguna berkongsi pengalaman apabila mendapati dirinya menghidap thalasemia selepas disahkan hamil.

    Saya dah mengandung baru dapat tahu ada beta thalasemia.

    Sepanjang hidup ini, tak ada pula masalah pitam atau darah rendah.

    Bagaimanapun, hantaran tersebut menarik perhatian Shila atau nama sebenarnya Nurshila Amir Amzah, untuk berkongsi kisah dirinya.

    Saya pun sama juga.

    Thalasemia ini adalah trait genetik dan saya mewarisinya daripada sebelah ayah.

    Sebab ibu saudara saya berkahwin dengan pembawa (carrier) dan hasilnya lima orang anak mereka turut menghidap thalasemia.

    Tidak digalakkan untuk hamil lagi

    Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Masih Ku Cinta’, turut berkongsi bahawa selepas melalui dua proses kehamilan, dia mula merasai perubahan ketara pada tahap kesihatan.

    Tapi dulu memang tak ada pengetahuan tentang perkara ini semua.

    Bila doktor buat pemeriksaan kesihatan, barulah saya faham kenapa tahap hemoglobin saya sentiasa rendah sekitar 7 dan itu adalah tidak normal.

    Sekarang saya boleh rasakan perbezaannya. Selepas dua kali mengandung, saya kerap mengalami rasa hampir pitam.

    Dalam pada itu, kedua-dua kelahirannya juga melalui kaedah pembedahan (Czer), sekali gus menyebabkan doktor tidak menggalakkannya untuk hamil lagi atas faktor risiko kesihatan.

    Kedua-dua anak saya, dilahirkan secara pembedahan czer.

    Jadi doktor tidak menggalakkan saya untuk mengandung lagi atas fator kesihatan.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  Kumpulan K-Pop N.Flying Bakal Buat Konsert Pertama Di Malaysia, Disember Ini!

    The post ‘Saya Warisi Thalasemia Dari Sebelah Ayah & Dua Kali Bersalin Secara Czer.. Doktor Tak Galakkan Untuk Mengandung’ – Shila Amzah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah