27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Permintaan Sarjan Adam Mengenai Video Hubungan Songsang Dikecualikan Oleh Tuan Badan – ‘Saya Bukan Ajoi Zainal’

    Shopee Sale



    Ajoi Zainal

    Sejak beberapa hari lalu, kecoh di applikasi X selepas tular sepotong video didakwa seorang penyanyi baharu melakukan hubungan songsang.

    ‘Itu bukan saya’

    Ajoi Zainal

    Susulan itu, rata-rata netizen mendakwa individu dalam video berkenaan adalah penyanyi, Ajoi Zainal.

    Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagram Story (IG Story), Ajoi atau nama sebenarnya Muhammad Qaidzul Zainal Abidin, 26, memuat satu hantaran dipercayai menjawab kepada dakwaan terbabit.

    Menerusi hantaran berkenaan, dia menafikan dirinya dalam video tersebut seperti mana yang didakwa segelintir pihak.

    Salam, itu bukan saya. Itu sahaja kenyataan saya.

    Dalam hantaran sama, bekas peserta program Big Stage 2022 itu turut mengucapkan selamat berpuasa kepada pengikutnya.

    Selamat bersahur dan berpuasa.

    Sementara itu, usaha untuk mendapatkan kenyataan Ajoi tidak berjaya apabila dia tidak membalas kiriman mesej ringkas yang dihantar.

    Terdahulu, tular video berdurasi 2 minit 19 saat yang memaparkan aksi tidak senonoh dua individu lelaki.

    MENARIK:  Lebih 2,000 Orang Hadiri Sesi Uji Bakat Calpis Soda OIAM Di Kuala Lumpur! Idayu, Salma Asis & Alina Hassan Turut Cuba Nasib

    Pemilik akaun tersebut juga memberikan bayangan bahawa salah seorang individu dalam video terbabit merupakan seorang penyanyi baharu atau BBNU.

    Malah, lebih menguatkan dakwaan apabila gambar Ajoi digunakan sebagai ‘thumbnail’ sebelum video itu dimainkan.

    Rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas video berkenaan telah mendakwa dan memetik nama Ajoi.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah