Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa memerintahkan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri untuk membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Duit Zakat Pun Nak Sakau? Kau Punca Orang Merayu Minta Bantuan Tapi Tak Dapat’ – Aliff Syukri
Bayar ganti rugi

Bayaran ganti rugi itu adalah berhubung kes saman fitnah melibatkan dakwaan berkaitan hutang pelaburan bernilai puluhan juta ringgit.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Roslan Mat Nor selepas mahkamah membenarkan tuntutan yang difailkan Abdul Kadir selaku plaintif terhadap Aliff Syukri sebagai defendan.
Selain ganti rugi, mahkamah turut mengarahkan Aliff Syukri membayar kos sebanyak RM50,000 kepada plaintif.
Mahkamah turut menetapkan beberapa perintah lanjut, termasuk melarang defendan, sama ada secara peribadi atau melalui wakil dan ejennya, daripada menerbitkan atau menyebarkan semula kenyataan yang menjadi pertikaian atau apa-apa kenyataan lain yang mempunyai kesan serupa.
Aliff juga diarahkan untuk memadam semua kandungan berunsur fitnah yang telah diterbitkan terhadap Abdul Kadir di mana-mana platform media sosial dalam tempoh tujuh hari dari tarikh perintah dikeluarkan.
Defendan sama ada pegawai atau ejennya dihalang menerbitkan, menyebabkan diterbitkan perkara diadukan atau apa-apa lain yang mempunyai kesan sama.
Defendan sama ada melalui khidmat atau ejennya menghapuskan libel (fitnah bertulis) yang diterbitkan terhadap plaintif daripada semua akaun media sosial dalam tempoh tujuh hari daripada perintah ini.
Defendan juga perlu memberi aku janji bertulis bahawa defendan tidak akan menyebabkan atau menyiarkan sebarang fitnah terhadap plaintif.
Sumber: BERNAMA
The post Mahkamah Perintah Aliff Syukri Bayar Ganti Rugi RM250,000 Kepada Abdul Kadir first appeared on OHBULAN!.





