Pempengaruh, Ahmad Aslam enggan mengulas lanjut mengenai perbicaraan kes pengesahan lafaz rujuk dan cerai yang berlangsung pada Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada hari ini.
Artikel Berkaitan: ‘Perbicaraan Selesai, Status Aslam & Marissa Tunggu Mahkamah Putuskan’ – Peguam
Artikel Berkaitan: ‘Kami Kini Dalam Proses Berpisah, Berikan Sedikit Ruang’ – Marissa Dania
Marissa Dania nafi nangis

Ketika ditemui , Aslam hanya meminta agar orang ramai mendoakan yag terbaik untuknya dan juga isteri, Marissa Dania.
Sekarang untuk perbicaraan dah selesai, jadi apa-apa yang selepas itu saya minta doakan yang terbaik saja.
Saya tiada apa nak komen, semuanya bergantung pada pihak mahkamah.
Sementara itu, Marissa ketika ditanya wartawan sama ada menangis atau tidak, dia hanya memberikan jawapan yang ringkas.
Tak.
Terdahulu, peguam syarie yang mewakili Aslam iaitu Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri berkata kedua-dua pihak telah memberikan keterangan pada hakim.
Bagaimanapun, Muhammad Ammar enggan mengulas lanjut mengenai status pernikahan anak guamnya dan masih menunggu keputusan daripada mahkamah.
Dalam pada itu, Muhammad Ammar mengesahkan tiada permohonan baharu yag difailkan oleh Marissa kepadanya.
Keputusan bagi kes itu akan ditangguhkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan.
Bagaimanapun, tarikh itu tidak dimaklumkan atas permintaan plaintif dan defendan.
The post [VIDEO] Aslam Kunci Mulut, Marissa Dania Tak Menangis first appeared on OHBULAN!.





