30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jangan Terlalu Awal, Ini Waktu Paling Sesuai Buat Ujian UPT Kehamilan

    Shopee Sale

    Bagi segelintir wanita, saat melakukan ujian urine pregnancy test (UPT) menjadi detik paling mendebarkan. Dengan harapan yang menggunung, setiap garis yang muncul pada alat ujian itu seolah-olah menentukan sebuah perjalanan baharu dalam hidup sebagai seorang ibu.

    Namun, tidak ramai wanita yang mengetahui waktu yang sesuai untuk melakukan ujian tersebut.

    Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Tak Rancang Kehamilan, Impi Miliki Tiga Orang Anak – ‘Jika Ada Rezeki & Allah Izinkan’

    Artikel Berkaitan: Netizen Syak Mimi Lana Beri ‘Hint’ Hamil? Kapsyen ‘Mum & Dad’ Cetus Spekulasi

    Ujian UPT

    Jika anda teruja untuk mengetahui sama ada hamil atau tidak, melakukan ujian UPT terlalu awal bukanlah langkah terbaik. Sebaiknya tunggu sekurang-kurangnya seminggu selepas tidak mengalami haid bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat.

    Bagi mereka yang tidak mahu menunggu hingga tarikh haid, disarankan untuk memberi tempoh sekitar satu hingga dua minggu selepas hubungan intim sebelum menjalani ujian UPT.

    Hal ini kerana tubuh memerlukan masa untuk menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin hCG, pada paras yang mencukupi untuk dikesan. Lazimnya, hormon ini mula dapat dikesan antara tujuh hingga 12 hari selepas proses persenyawaan berlaku.

    MENARIK:  [VIDEO] Tayang Kereta McLaren, Netizen Puji ‘Aura’ As’ad Motawh – ‘Dulu Dikecam Sekarang Dah Berjaya’

    Sekiranya ujian dilakukan terlalu awal, anda berisiko mendapat keputusan negatif walaupun sebenarnya sedang hamil.

    Masa yang sesuai

    Kebanyakan pengeluar kit ujian kehamilan menyarankan agar UPT dilakukan pada waktu pagi bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat.

    Hal ini kerana air kencing pertama selepas bangun tidur lazimnya mengandungi kepekatan hCG yang paling tinggi.

    Selain itu, paras hormon hCG akan meningkat setiap dua hari pada peringkat awal kehamilan.

    Ini bermakna apabila memasuki minggu keempat atau kelima, jumlah hCG dalam badan biasanya sudah cukup tinggi untuk dikesan dengan lebih tepat, walaupun ujian tidak dilakukan menggunakan air kencing pertama pada waktu pagi.

    Sumber: Hello Doktor

    The post Jangan Terlalu Awal, Ini Waktu Paling Sesuai Buat Ujian UPT Kehamilan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah