29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kerabat Pahang Didakwa Serang Orang Awam, Tengku Hassanal Titah Polis Siasat Dengan Telus Tanpa Kompromi

    Shopee Sale



    Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya polis mengambil tindakan tegas terhadap kerabat diraja negeri itu yang didakwa menyerang orang awam.

    Tidak akan berkrompomi dengan mana-mana pihak

    Tengku Hassanal bertitah, baginda memandang serius mengenai dakwaan mangsa bernama Alias Awang diserang kerabat Diraja Pahang bersama sekumpulan individu menggunakan senjata tajam serta pistol sehingga mendatangkan kecederaan.

    Justeru, saya menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan penuh secara segera, telus dan adil tanpa sebarang kompromi kepada mana-mana pihak agar keadilan dapat ditegakkan.

    Sekiranya terdapat bukti kesalahan dilakukan, ia hendaklah dibawa ke mahkamah untuk dituduh dan dibicarakan.

    Tengku Hasanal turut menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk melindungi kerabat yang terlibat dengan sebarang unsur jenayah.

    Semua pihak adalah sama di sisi undang-undang dan saya sesekali tidak akan melindungi mana-mana pihak termasuk kerabat yang terlibat dengan jenayah dan kesalahan undang-undang.

    Terdahulu, media melaporkan seorang pekerja pembinaan dan penyelenggaraan mendakwa diserang oleh seorang kerabat Diraja Pahang bersama sekumpulan individu.

    MENARIK:  [VIDEO] Eina Azman Geram Wajah Suami Dikutuk – ‘Kacak Saja Tidak Boleh Hidangkan Makanan Atas Meja’

    Susulan daripada serangan tersebut, lelaki berkenaan menerima beberapa jahitan akibat kecederaan pada bahagian paha serta mengalami luka di kaki.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah