28.1 C
Kuala Lumpur
Monday, September 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    #TriviaXTRA: Sensitif, Manja & Malas Bersiap Ketika Cuti, Ini Sisi Qistina Khaled Yang Ramai Mungkin Tak Tahu

    Shopee Sale

    Di sebalik kesibukan menjalani penggambaran hampir setiap hari, pelakon Qistina Khaled rupanya mempunyai sisi peribadi yang cukup menarik dan berbeza daripada apa yang sering dilihat di hadapan kamera.

    Daripada mengakui dirinya seorang yang sensitif dan manja, sehinggalah lebih gemar tampil santai tanpa perlu bersiap ketika hari cuti, perkongsian Qistina sedikit sebanyak memperlihatkan personalitinya apabila tidak berada di set penggambaran.

    Artikel Berkaitan: #ThrowbackXTRA: ‘Dulu Saya Kasar Macam Lelaki’ – Qistina Khaled Kongsi Punca Penampilan Kini Berubah Jadi Lebih Feminin

    Artikel Berkaitan: POV XTRA: ‘Pengikut Ramai Bukan Tiket Jadi Pelakon, Yang Penting Bakat & Niat’ – Qistina Khaled

    1. Mengaku Seorang Yang Sangat Sensitif

    #TipsXTRA merupakan segmen yang mengetengahkan perkongsian, nasihat serta pandangan selebriti mengenai kehidupan, kerjaya, hubungan dan pembangunan diri yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca.

    Menerusi #TriviaXTRA kali ini, jom kenali beberapa sisi Qistina Khaled yang mungkin belum ramai tahu.

    Jika dilihat daripada luar, mungkin ada yang menyangka Qistina seorang yang sentiasa tenang dan ‘cool’. Namun, pelakon itu mengakui dirinya sebenarnya seorang yang cukup sensitif.

    Saya seorang yang sangat sensitif.

    Sifat tersebut secara tidak langsung memperlihatkan sisi lembut Qistina yang mungkin jarang dilihat peminat menerusi watak-watak lakonannya.

    2. Penat Pun Masih Boleh Bertahan

    Bekerja sebagai pelakon bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi apabila perlu melalui jadual penggambaran yang panjang dan padat.

    MENARIK:  Pemandu Lori Mengaku Salah Miliki Video Lucah ‘Ex Girlfriend’, Didenda RM2,500

    Bagaimanapun, Qistina mengakui dia mempunyai daya tahan yang tinggi dan mampu meneruskan kerja meskipun tubuh sudah mula keletihan.

    Tenaga saya walaupun saya penat tapi saya boleh bertahan.

    3. Hari Cuti, Memang Malas Nak Bersiap!

    Mungkin ramai wanita suka mengambil peluang pada hari cuti untuk bersiap cantik dan keluar berjalan-jalan, tetapi situasinya sedikit berbeza buat Qistina.

    Disebabkan rutin kerjanya yang hampir setiap hari memerlukan dirinya bersolek dan bersiap di lokasi penggambaran, aktres itu lebih gemar berehat dan tampil ringkas ketika mempunyai masa lapang.

    Saya malas bersiap. Sebab dah shoot setiap hari, jadi kalau nak keluar waktu hari bercuti saya jadi penat nak bersiap.

    Nampaknya bagi Qistina, hari cuti benar-benar digunakan untuk ‘switch off’ daripada rutin sebagai seorang pelakon!

    4. Rupanya Seorang Yang Sangat Manja

    Selain sensitif, Qistina turut mendedahkan satu lagi sisi dirinya yang mungkin membuatkan peminat tersenyum.

    Saya juga seorang yang sangat manja.

    The post #TriviaXTRA: Sensitif, Manja & Malas Bersiap Ketika Cuti, Ini Sisi Qistina Khaled Yang Ramai Mungkin Tak Tahu first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah