Penyanyi Sarah Suhairi, memberikan respon dan pandangan mengenai kritikan yang diterima oleh rakan seindustri, Najwa Latif berhubung fizikalnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sarah Suhairi Tidak Tertekan Diaju Soalan Tentang Anak – ‘Ada Mak Cik Yang Sampai Pegang Perut Saya’
Artikel Berkaitan: Sarah Suhairi Tak Sangka Kahwin Pada Usia Muda, Sifat Suami Yang Tenang & Matang Berjaya Tambat Hati
Body shaming

Ketika ditemui , Sarah, 26, berkata, isu tersebut turut berlaku dalam industri hiburan di luar negara, yang sememangnya akan meninggalkan kesan negatif terhadap mana-mana selebriti.
Ini antara salah satu perkara yang tak asing untuk kita bukan? Saya rasa bukan hanya di Malaysia, tetapi di luar negara terutama di Korea Selatan lagilah teruk. Kalau idol mereka gemuk atau kurus sangat pun akan tetap diperkatakan.
Saya juga netizen, walaupun menyanyi, berada di belakang kamera dan sebagainya saya juga melihat dan menggunakan media sosial.
Menurut Sarah, yang seharusnya menjadi fokus utama adalah bakat serta seni yang dipersembahkan, bukan hanya sekadar memandang kepada paras rupa.
Untuk saya, apabila kita melihat sesuatu seni, kita seharusnya memberikan tumpuan kepada apa yang mereka ingin sampaikan daripada menumpukan kepada perkara yang memberi kesan kepada seseorang.
Pada saya tak perlu, simpanlah untuk diri sendiri sahaja. Apabila perkara tersebut dibincangkan secara umum, orang akan mudah tokok tambah seolah-olah ‘membakar’ lagi isu tersebut.
Saya lebih suka melihat seni yang dipersembahkan oleh seseorang. Kalau mereka pelakon, tontonlah lakonan mereka di dalam filem. Karya-karya mereka semua hebat-hebat. Lihat pada apa yang mereka ada, bakat itu sendiri.
Sarah berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program realiti lapan episod Karok Dapur yang berlangsung di Banglo 289, Kuala Lumpur pada Isnin.
Sementara itu, pelantun lagu Sah ini turut mendedahkan bahawa dia juga pernah menerima komen dan sindiran mengenai fizikalnya.
Ada yang pernah bertanya, ‘Sarah menyanyi okay, tapi kenapa dia macam kurus sangat, suami tak bagi dia makan ke?’
Tapi saya tak pernah ambil serius pun, kadang-kadang di sebalik komen itu ada juga niat yang baik. Cumanya, orang itu sahajalah yang tahu niat mereka.
Bila ada sahaja perkara negatif, saya akan melihat kembali adakah ia betul? Kalau betul, saya mungkin akan memperbaiki diri dan fokus terhadap perubahan.
Yang penting saya tak kacau hidup mereka. Jadi kepada mereka di luar sana, saya harap kita boleh fokus kepada lagu yang disampaikan oleh penyanyi.
Terdahulu, penampilan Najwa ketika membuat persembahan di acara Keretapi Sarong baru-baru ini telah dihujani dengan kecaman, sekaligus menjadi mangsa body shaming.
Namun, rata-rata peminat tampil mempertahankan penyanyi itu dengan menyatakan bahawa perubahan tersebut adalah perkara biasa dialami seorang wanita bergelar ibu, selain turut memuji lontaran vokal Najwa.
The post [VIDEO] Sarah Suhairi Beri Pendapat Isu ‘Body Shaming’ – ‘Lihatlah Pada Bakat & Apa Yang Dipersembahkan’ first appeared on OHBULAN!.





