Hantaran terbaharu yang dikongsikan oleh usahawan dan personaliti media sosial, Cik Epal telah menyorot perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Jofliam Dapat Hak Jagaan Penuh Dua Anak, Kes Komital Digugurkan – ‘Saya Akan Jalankan Tanggungjawab Ini Dengan Baik’
Artikel Berkaitan: Cik Epal Titip Nasihat Untuk Wanita Bercerai & Dicurangi – ‘Bila Seseorang Ditarik Dari Hidup Kita, Peranannya Sudah Selesai’
Respon Cik Epal

Menerusi hantaran di Threads, Cik Epal dilihat memberi respon dipercayai terhadap kenyataan bekas suaminya, Jofliam yang memaklumkan bahawa dia kini telah diberikan hak jagaan penuh terhadap dua anak kandung mereka iaitu Han dan Yuki.
Tegas Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud, anak-anaknya bukanlah barang yang boleh dijadikan bahan untuk memenangkan ego masing-masing.
Bila masa pula kau menang? Han dan Yuki bukan barang dagangan.
Bukan barang nak menangkan ego dan fitnah mak kandung jahat supaya anak tak hormat aku.
Bukan barang nak menunjuk kasih sayang.
Bukan barang nak mengemis nafkah tiap kali tukar giliran. Bukan barang menyakitkan hati atuk nenek, mak bapa aku.
Tambah Cik Epal, Han dan Yuki juga tidak seharusnya dijadikan sebagai perantara dalam sebarang masalah yang berlaku di antara mereka.
Bukan barang untuk jadi spy.
Bukan barang untuk guilt trip supaya jangan gembira bila ada dengan aku.
Bukan barang dagangan pindah randah. Bukan barang nak tunjuk bini baru lagi bagus.
Bukan didengki sebab nak keluar negara.
Demi anak-anak

Dalam masa yang sama, Cik Epal menegaskan dia hanya mahu anak-anaknya membesar dalam suasana yang sihat dan bebas dari tekanan, selain tidak terheret dalam konflik mereka.
Aku tak nak Han & Yuki tak payah hadap stres macam pakar beritahu sebab kena hasut, sampai sanggup cakap aku ini perempuan murah kena cerai.
Aku tak busuk macam kau dan hamak hasut anak benci bapa. Aku tak nak anak-anak aku dihasut.
Aku tak nak anak-anak rasa ‘broken home’. Itu anak bukan binatang.
Terdahulu, dalam satu hantaran di Instagram, Jofliam memaklumkan hak hadanah bagi kedua-dua anak berkenaan jatuh kepadanya selaku bapa kandung.
Selain itu, Jofliam berkata, pihak yang terlibat telah menarik balik permohonan manakala kes komital terhadap dirinya juga telah digugurkan.
Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata. Namun, pasangan itu berpisah selepas 10 tahun bersama.
Sumber: Threads
The post ‘Bila Masa Pula Kau Menang? Han & Yuki Bukan Barang Dagangan’ – Cik Epal first appeared on OHBULAN!.





