32.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jofliam Dapat Hak Jagaan Penuh Dua Anak, Kes Komital Digugurkan – ‘Saya Akan Jalankan Tanggungjawab Ini Dengan Baik’

    Shopee Sale

    Usahawan Jofliam memaklumkan dia kini diberikan hak jagaan penuh terhadap dua anak kandungnya, Han dan Yuki, susulan keputusan mahkamah hari ini.

    Artikel Berkaitan: Jofliam Didakwa Guna Akaun Peribadi Untuk Bayaran Pizza Wagyu, Caj SST Jadi Persoalan

    Artikel Berkaitan: Jofliam Perjelas Pemilihan Nama Anak – ‘Asmara Lebih Romantis & Puitis’

    Hak jagaan penuh anak

    Menerusi perkongsian di Instagram, Jofliam memaklumkan hak hadhanah bagi kedua-dua anak berkenaan jatuh kepadanya selaku bapa kandung.

    Selain itu, Jofliam memaklumkan pihak yang terlibat telah menarik balik permohonan manakala kes komitan terhadap dirinya juga telah digugurkan oleh mahkamah.

    Pada hari ini,mahkamah telah memuktamadkan hak jagaan penuh bagi kedua anak kandung saya Han dan Yuki, jatuh kepada ayah kandung iaitu saya.

    Pihak-pihak telah menarik balik dan mahkamah juga telah menggugurkan kes komitan terhadap saya.

    Pada perkongsian yang sama, Jofliam memohon maaf atas kekecohan yang berlaku sebelum ini terutama perkara melibatkan hal peribadi yang menjadi perhatian umum.

    MENARIK:  [VIDEO] Pelakon Kontroversi Hamil Anak Luar Nikah Dilamar Kekasih Atas Pentas

    Tambah bekas suami kepada personaliti media sosial Cik Epal itu, dia kini mahu memberi sepenuh tumpuan untuk mencari rezeki demi keluarga.

    Sebagai pemegang hak Hadhanah penuh kepada kedua anak, saya akan jalankan tanggungjawab ini dengan baik.

    Saya akan bersikap flexible dan bertoleransi demi anak-anak. Terima kasih ya Allah.

    Saya juga memohon maaf atas kekusutan yang telah berlaku melibatkan hal peribadi di khalayak.

    Sekarang adalah masa untuk saya fokus mencari rezeki demi keluarga baru saya. Terima kasih semua yang tidak putus-putus mendoakan yang terbaik.

    Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata.

    Namun, pasangan itu berpisah selepas 10 tahun bersama.

    Sumber: Instagram @jofliam

    The post Jofliam Dapat Hak Jagaan Penuh Dua Anak, Kes Komital Digugurkan – ‘Saya Akan Jalankan Tanggungjawab Ini Dengan Baik’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah