28.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Zizan Razak Tersentuh Peminat Cilik Kumpul Duit Untuk Datang Bertemu – ‘Terubat Hati Dapat Hadiah Yang Tak Ternilai’

    Shopee Sale

    Pelakon dan pelawak Zizan Razak, meluahkan rasa terharu selepas bertemu dan menerima hadiah istimewa daripada peminat ciliknya.

    Artikel Berkaitan: Zizan Razak Bersuara Gambar ‘Meme’ AI Disunting Keterlaluan – ‘Biarlah Berpada & Tak Langgar Hukum Agama’

    Artikel Berkaitan: Netizen Bimbang ‘Meme’ AI Zizan Disunting Menyerupai Wanita & Agama Lain – ‘Jangan Melampau Sampai Hancur Hukum’

    Peminat cilik

    Menerusi hantaran di Threads, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 42, memaklumkan telah menerima mesej daripada bapa kanak-kanak tersebut yang berhasrat mahu bertemu dengannya.

    Menurut bapa kanak-kanak itu, anaknya yang dikenali sebagai Atila itu sanggup menabung demi bertemu dengan Zizan.

    Tersentuh dengan keikhlasan kanak-kanak itu, Zizan merealisasikan impian peminat ciliknya meskipun berasa penat selepas mengendalikan sebuah program.

    Terubat hati ini bila dapat hadiah yang tak ternilai sebegini. Bukan sekadar peminat tetapi hati yang ikhlas terpancar dari wajah peminat cilik saya ini.

    Umur lapan tahun tapi peminat tegar Zizan Razak, macam tak boleh percaya bila saya fikir balik.

    Atila yang turut ditemani ibu bapanya itu turut memberi Zizan coklat serta sepucuk surat.

    MENARIK:  ‘Tak Adil Untuk Umisya, Suami Kena Rampas Lepas Itu Dia Pula Kena Kacau’

    Dalam masa sama, pelakon filem Terbang tersebut juga menyifatkan kehadiran dan kesungguhan kanak-kanak itu sebagai satu penghargaan yang besar buatnya.

    Tapi inilah hasil kerja penat lelah saya sepanjang dalam karier saya. Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas anugerah ini.

    Terima kasih banyak kepada semua penyokong dan peminat saya selama ini. Love you guys so much.

    Sumber: Threads

    The post [VIDEO] Zizan Razak Tersentuh Peminat Cilik Kumpul Duit Untuk Datang Bertemu – ‘Terubat Hati Dapat Hadiah Yang Tak Ternilai’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah