34.4 C
Kuala Lumpur
Friday, August 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Eina Azman Geram Wajah Suami Dikutuk – ‘Kacak Saja Tidak Boleh Hidangkan Makanan Atas Meja’

    Shopee Sale

    Pelakon, Datin Paduka Eina Azman meluahkan rasa geram apabila ramai yang mengutuk wajah suaminya iaitu Datuk Paduka Kaisaer Gurmeet.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Eina Azman Ketawa Baca Komen Netizen Pertikai Bentuk Wajah – ‘Yang Penting Saya Gembira Dengan Suami & Kedua Anak’

    Artikel Berkaitan: Eina Azman Sebak Berpisah Dengan Pembantu Rumah Selepas 5 Tahun Berkhidmat – ‘Rasa Macam Lost Kejap’

    Rupa paras tak menjamin kebahagiaan

    Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, pemilik nama Ainur Syakina Azman, 30, berkata suaminya sudah cukup kacak di matanya, dan dia tidak memerlukan pengesahan daripada orang lain.

    Bagaimanapun, Eina berkata suaminya tidak mengambil serius terhadap komen yang diberikan namun sebagai isteri dia tetap terkesan dengan kritikan yang negatif.

    Saya daripada dulu memang pilih muka. Yang penting, dia kacak di mata saya.

    Kalau suami saya buruk sangat anak-anak saya tidak akan comel. Yang cakap-cakap pasal suami saya tidak kacaklah, macam orang bangla, awak tu cantik dan kacak sangat ke?

    Saya geram bila baca komen negatif. Bila tunjuk dekat suami saya, dia ketawa saja.

    Tapi saya sebagai seorang isteri terkesan kerana suami saya tidak kacau kalian pun.

    Malah menurut Eina, rupa paras tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga.

    Aubrey dan Karl itu Allah bagi sama rata. Seorang lagi mini saya dan seorang lagi iaitu Karl mini suami saya.

    Kalau kacak tetapi malas kerja, buat apa? Kalau harap muka saja tetapi isteri yang kena bekerja siang dan malam, buat apa? Kalau kacak tetapi seorang yang suka mainkan hati perempuan juga, buat apa?

    Rupa paras yang kacak saja tidak boleh hidangkan makanan atas meja.

    Sebelum ini, Eina mendapat komen negatif berkaitan rupa paras suaminya ketika membuat siaran langsung bersama Kaisaer.

    MENARIK:  Sharifah Sakinah Puji Keberanian Auddra, Yakin Boleh Pergi Jauh – ‘Dia Buktikan Masuk Pertandingan Tak Perlu Stres’

    Untuk rekod, Eina berkahwin dengan Kaiser pada 31 Ogos 2014 dan dikurniakan cahaya mata kembar iaitu Aubrey dan Karl yang kini berusia sembilan tahun.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Eina Azman Geram Wajah Suami Dikutuk – ‘Kacak Saja Tidak Boleh Hidangkan Makanan Atas Meja’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah