Pelakon, Sweet Qismina mendedahkan pernah meletakkan syarat kepada suaminya, Adam Lee ketika mereka dalam fasa perkenalan.
Artikel Berkaitan: Sweet Qismina Bimbang Hilang Kepercayaan Orang Terhadap Lakonannya – ‘Bukan Takut Tiada Tawaran’
Artikel Berkaitan: ‘Tahun 2025 Adalah Tahun Paling Manis Buat Saya’ – Sweet Qismina
Berkawan
Menerusi podcast Too Pretty To Handle, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi mengakui pernah memberitahu Adam bahawa jika mahu mengenalinya, dia mahukan hubungan yang serius.
Saya bagi syarat dekat dia, all in or nothing. All in ni maksudnya kalau nak berkawan dengan saya, kena serius sampai kahwin.
Kalau datang hanya nak main-main, kemudian cari perempuan lain nak ‘fling’ around apa semua saya memang tak mahu terima.
Menurut pelakon filem Babah ini lagi, dia tidak mahu melalui fasa hubungan tanpa hala tuju lebih-lebih lagi ketika itu usianya sudah mencecah 21 tahun.
Ketika itu saya di umur 21 tahun, kalau boleh berkawan tu tidak mahu main-main sebab saya penat.
Main-main tu dari segi ‘flirt’, senang kata perasaan. Bukan dari segi kewangan. Kalau tanya saya, kewangan itu alhamdulillah okay.
Kalau si dia nak mencari yang sudah stabil, saya memang sudah stabil ketika itu.
Untuk rekod, Sweet dan Adam mengikat ikatan yang sah pada 24 Oktober 2022 di Ampang, Selangor.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] ‘Saya Pernah Bagi Syarat Dekat Adam, Kalau Nak Berkawan Kena Serius Sampai Kahwin’ – Sweet Qismina first appeared on OHBULAN!.





