Seorang pakar kesihatan, Dr Aen tampil berkongsi penjelasan mengenai perjalanan TTC (Trying to Conceive) atau usaha seorang wanita untuk mendapatkan zuriat.
Artikel Berkaitan: Bukan Putus Asa, Isteri Abang Tesla Rehat & Bagi Ruang Pada Diri – ‘Tiap Kali Gagal TTC Memang Heartbroken..’
Artikel Berkaitan: ‘Dulu Sama-Sama TTC Dengan Nelydia, Sekarang Tinggal Saya Seorang Belum Ada Rezeki Anak’ – Aprena Manrose
TTC

Menerusi perkongsian di Threads, seorang pengguna berpendapat istilah TTC tidak seharusnya merujuk kepada wanita yang sedang berusaha mendapatkan zuriat kedua atau ketiga.
Kalau dah dua kali beranak, itu bukan TTC namanya.
Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian Dr Aen yang menjelaskan bahawa istilah TTC merangkumi semua wanita yang sedang berusaha untuk hamil sama ada untuk zuriat pertama mahupun seterusnya.
Menurutnya, istilah yang digunakan bagi masalah kesuburan berbeza bergantung kepada sejarah kehamilan seseorang wanita.
TTC ini boleh jadi buat pertama kali atau kali seterusnya.
Ia untuk semua wanita yang cuba mengandung.
Bila TTC pertama kali, tak dapat, kita panggil sebagai primary infertility. Kalau pernah beranak dan TTC lama tak dapat, kita panggil secondary infertility.
Jelasnya, kedua-dua keadaan sama ada melibatkan usaha mendapatkan zuriat pertama atau seterusnya tetap menggunakan kaedah rawatan kesuburan yang sama.
Kedua-duanya menggunakan rawatan yang sama.
Sumber: Threads @Draenbebel
The post ‘TTC Merujuk Kepada Semua Wanita Yang Cuba Hamil, Sama Ada Kali Pertama Atau Seterusnya’ – Dr Aen first appeared on OHBULAN!.





