Bagi sesetengah orang, doa yang paling dekat di hati bukanlah mengenai kejayaan, kemewahan mahupun populariti, sebaliknya melihat insan tersayang terus berada dalam keadaan baik.
Artikel Berkaitan: POV XTRA: ‘Skrip Yang Baik Ada Harga, Bukan Murah’ – Beto Kusyairy Tegaskan Industri Perlukan Penulis Berkualiti
Artikel Berkaitan: POV XTRA: Lakonan Satu Babak Pun Boleh Jana Royalti Jutaan, Beto Kusyairy Mahu Malaysia Ikut Jejak Negara Luar
Hanya Minta Kesejahteraan Ibu Bapa
POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain dalam fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk sesuatu perkara dilihat dari sudut berbeza.
Menerusi segmen POV XTRA hari ini, pelakon Beto Kusyairy berkongsi satu doa yang paling diharapkan agar terus dimakbulkan dalam kehidupannya.
Tanpa meminta sesuatu yang berkaitan dengan kerjaya atau dirinya sendiri, Beto memilih kesejahteraan kedua ibu bapanya sebagai perkara yang paling dekat di hati.
Satu doa yang kalau boleh saya nak terus dimakbulkan adalah kesejahteraan ibu bapa saya.
Ringkas namun penuh makna, perkongsian pelakon itu memperlihatkan betapa kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan ibu bapa menjadi antara perkara yang sukar digantikan dengan apa jua pencapaian dalam kehidupan.
Kadangkala apabila usia semakin bertambah dan kehidupan semakin sibuk, perkara yang dahulu dianggap biasa seperti dapat melihat ibu bapa sihat dan berada di sisi menjadi satu nikmat yang semakin besar nilainya.
Buat Beto, itulah doa yang mahu terus dibawa bersama, agar insan yang banyak berkorban dalam kehidupannya sentiasa berada dalam keadaan sejahtera.
The post POV XTRA: Tiada Yang Lebih Besar Daripada Ini, Beto Kusyairy Kongsi Doa Paling Bermakna Buat Ibu Bapa first appeared on OHBULAN!.





