29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Nabila Razali Boleh Terima Kecaman, Tapi Jangan Sentuh Keluarga – ‘Kalau Sampai Jatuhkan Maruah Mereka, Saya Tidak Gemar’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Nabila Razali mengakui sudah lali dengan kecaman yang diterima namun tidak akan berdiam diri sekiranya kecaman tersebut melibatkan keluarganya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Tak Beri Keizinan, Nabila Razali Tolak Tawaran Komersial Untuk Anak – ‘Saya Faham & Hormat Keputusan Dia’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Razali Nafi Dakwaan Kurangkan Berlakon Sebab Dah Kaya

    Komen negatif

    Ketika ditemui , Nur Nabila Mohd Razali, 34, berkata dia sendiri tidak akan teragak-agak untuk membalas komen negatif netizen sekiranya sudah agak melampaui batas.

    Yang melekat betul dalam kepala kalau dia kata macam, ‘ibu bapa dia ni tak malu ke ada anak macam ni?’.

    Selepas itu, ada juga yang komen macam, ‘Laki dia mesti kena tahan telinga’.

    Benda-benda yang macam tiada kaitan dengan diri saya dan melibatkan orang lain. Kalau benda yang boleh menjatuhkan maruah keluarga, saya tak berapa gemarlah.

    Nabila berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media single terbaharu Cukup Sampai Sini di Volume KL, pada Selasa.

    Bagi pelantun lagu Pematah Hati itu, dia tidak berapa gemar sekiranya orang lain cuba untuk mengaitkan tindakannya dengan maruah keluarga kerana itu bukanlah tanggungjawab mereka.

    Kalau dia orang komen seperti tanya sama ada saya tak pergi kelas vokal atau tidak, perkara seperti itu kita boleh perbaiki.

    Kalau setakat komen-komen tu saya okay saja. Bila baca pun saya gelak-gelak.

    Dalam pada itu, Nabila tidak menolak kemungkinan mereka yang lantang mengkritiknya sebenarnya masih menikmati karya-karya yang dihasilkannya.

    Entah-entah mereka orang yang sama. Yang tulis dengan yang minat, kita tak tahu. Saya tak beranilah nak cakap, nanti fitnah pula.

    Tapi saya selalu pegang, kalau penyanyi nombor satu negara pun ada ‘haters’, apatah lagi Nabila Razali.

    Dalam pada kita membenci seseorang itu mesti ada satu benda yang kita suka. Mungkin salah satu benda dia suka adalah lagu-lagu saya.

    Kalau suka Alhamdulillah, kalau tak suka tak apa. Ada banyak lagi ‘ikan’ di laut.

    Menerusi perkembangan lain, Nabila kini tampil dengan single terbaharu berjudul Cukup Sampai Sini yang mengangkat mesej mengenai mengenali nilai diri, menetapkan batas dan keberanian memilih diri sendiri.

    MENARIK:  ‘Saya Harap Dapat Pegang Jawatan CEO Finas Satu Hari Nanti’ – Shaza Bae

    Lebih istimewa, lagu tersebut turut menyaksikan Nabila melangkah setapak ke hadapan dalam perjalanan kreatif apabila terbabit sebagai pencipta lagu bersama Justin Seow Seng Tack selain menulis sendiri keseluruhan lirik karya berkenaan.

    The post [VIDEO] Nabila Razali Boleh Terima Kecaman, Tapi Jangan Sentuh Keluarga – ‘Kalau Sampai Jatuhkan Maruah Mereka, Saya Tidak Gemar’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah