Pelakon, Zarif Ghazzi mengakui tiada keperluan untuk dia memakai rantai leher sekadar mengikut trend atau mahu kelihatan lebih bergaya.
Artikel Berkaitan: Zarif Ghazzi Dedah Alami Kesan Sampingan Bawa Watak Abbas – ‘Dah Sampai Ke Telinga, Berdenyut-Denyut’
Lelaki pakai rantai haram

Zarif, 22, berkata berdasarkan pemahamannya mengenai hukum syarak, pemakaian rantai bagi lelaki adalah tidak dibenarkan sekiranya tiada keperluan tertentu.
Saya percaya yang kita semua pendosa. Tapi dosa apa yang kita buat tu, itu pilihan kita. Kenapa kita nak gadaikan dosa kita hanya untuk nampak style dan fashionable?
Saya percaya pemakaian rantai ini satu dosa yang berterusan. Sambil tidur, sambil makan, wallahualam bissawab. Sejujurnya saya bab agama tidaklah kuat. Tapi ini saya boleh fikir secara logiklah.
Zarif berkata demikian ketika ditemui pada majlis meet and greet bersama peminatnya yang berlangsung baru-baru ini.
Menurut pelakon drama Kudrat 1968 itu, dia sendiri tidak akan memakai rantai untuk tujuan bergaya, namun tidak menolak sekiranya aksesori berkenaan diperlukan untuk sesuatu watak dalam lakonan.
Saya memang takkan pakai. Saya tahu hukumnya, tapi kalau dalam lakonan saya perlu pakai, saya pakai. Tujuan memakai rantai ini dia banyak.
Contohnya kalau askar, dia tak jadi haram. Sebab dia pakai itu adalah untuk tag di dada, kalau apa-apa jadi dalam hutan orang boleh jumpa dan kenal identitinya.
Apa pun, saya tak boleh pukul rata yang orang yang pakai rantai itu haram atau berdosa. Pasti ada sebab. Kita tengok balik, bergantung sebabnya.
Tapi untuk saya, kalau pakai rantai untuk nampak seorang Zarif Ghazzi lebih kepada stail, saya rasa tak berbaloilah.
Terdahulu, seorang pengguna Threads memuji gaya fesyen Zarif yang kelihatan kemas selain memuji aktor itu yang tidak memakai rantai seperti segelintir pelakon lelaki yang lain.
The post Zarif Ghazzi Tak Akan Pakai Rantai Untuk Nampak ‘Style’ & ‘Fashionable’, Tahu Hukum Haram first appeared on OHBULAN!.





