26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kepala Pempengaruh Ditemui Dalam Plastik Hitam

    Shopee Sale

    Kepala seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Leslibeth Anahi Garcia Farias ditemukan di dalam beg plastik hitam di Ecuador pada 24 Oktober lalu.

    Artikel Berkaitan: Suami B*kar Isteri & Anak, K*sar Mayat Guna Mesin Peng*sar Daging

    Artikel Berkaitan: Setahun Hilang, Jumpa Semula Tinggal Rangka…Gadis 18 Tahun Dipercayai Dibunuh

    Kepala pempengaruh dalam beg plastik

    Turut ditemui bersama kepala mangsa adalah sekeping risalah mengandungi ugutan terhadap individu yang didakwa membocorkan maklumat kepada kumpulan jenayah pesaing.

    Bagaimanapun, pihak berkuasa masih menyiasat sama ada risalah berkenaan mempunyai kaitan dengan pembunuhan remaja itu.

    Difahamkan, bahagian tubuh badan mangsa yang lain masih belum ditemui. 

    MENARIK:  Irma Hasmie Kongsi Doa – ‘Ya Allah, Hilangkanlah Tangisku Sehingga Aku Merasa Sabar & Ikhlas’

    Mangsa yang berusia 16 tahun itu merupakan pelajar di Unidad Educativa Técnico Pasaje dan dilaporkan tidak mempunyai rekod jenayah.

    Pihak berkuasa telah mengumpulkan bahan bukti, termasuk sampel biologi, di lokasi penemuan kepala mangsa.

    Bukti tersebut akan dianalisis bagi membantu pihak berkuasa mengenal pasti punca dan keadaan sebenar kejadian.

    Setakat ini, polis masih belum mengesahkan lokasi mangsa dibunuh atau mengenal pasti individu yang bertanggungjawab.

    Usaha mengesan bahagian tubuh mangsa yang lain juga masih diteruskan.

    Sumber: International Business Times UK

    The post Kepala Pempengaruh Ditemui Dalam Plastik Hitam first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah