Pelakon Trisha Ooi tidak menolak kemungkinan kembali beraksi dalam sukan tinju selepas menang di All Star Championship: Dubai Edition, Mei lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Trisha Ooi Terbuka Luaskan Kerjaya Lakonan Ke Luar Negara – ‘Saya Tak Memilih & Akan Rebut Peluang Yang Datang’
Artikel Berkaitan: Trisha Ooi Dedah Sedang Diuji Dengan Fitnah, Mohon Doa Kuatkan Hati – ‘Benda Yang Tak Betul Mula Jejas Rezeki & Kerja’
Saya tak dapat sertai

Ketika ditemui , Trisha atau nama sebenarnya Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi berkata, dia baru-baru ini mendapat tawaran menyertai kejohanan All Stars Championship di Malaysia.
Bagaimanapun, jadual penggambaran yang padat menyebabkan pelakon itu terpaksa menolak peluang berkenaan kerana tidak mempunyai masa mencukupi untuk membuat persiapan.
Baru saja beberapa hari lepas, tapi disebabkan saya tengah ada peggambaran dan tak sempat untuk buat persediaan, jadi saya tak dapat sertai.
Kali ini pertandingan berlangsung di Malaysia. Masa saya bertanding dulu di Dubai, bila buat di Malaysia, mereka nak jemput saya tapi keadaan tak sesuai pula.
Apa pun kalau ada peluang dan masa, saya akan sertai lagi. Tapi kalau masa itu sangat padat kenalah tangguh dulu.
Trisha berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama bersiri Pickle Rival di Balai Berita, Bangsar pada Jumaat.
Mengulas pengalamannya menyertai sukan tinju, Trisha mengakui banyak perkara baharu yang dipelajari, sekali gus membuatkannya lebih memahami kepentingan persediaan sebelum menyertai pertandingan.
Tambahnya, tempoh latihan sebelum ini masih belum mencukupi dan dia mahu memastikan persiapan lebih rapi sekiranya berpeluang bertanding lagi pada masa akan datang.
Kali pertama masuk gelanggang, banyak benda baru untuk saya belajar. Saya tahu untuk berlawan dalam sukan combat begitu, walaupun ia hanyalah kejuaraan pempengaruh dan artis, tapi kalau boleh kita tak nak malu.
Jadi persiapan itu sangat penting, macam hari itu pun saya ambil masa dalam empat bulan untuk persiapan dan dapatkan berat yang tepat. Bila bertanding, kita tak nak nampak macam kita tak tahu, tiada asas, saya berlatih hampir setiap hari.
Dalam perlawanan itu berbeza. Kegugupan kita tak sama, teknik kita ke laut dan bagi saya ia adalah proses pembelajaran. Kalau nak sertai lepas ini, saya akan pastikan ada masa yang cukup untuk bersedia.
Sekadar info, Trisha membintangi drama mikro Pickle Rival arahan Faliq Sharif terbitan khas AIA Public Takaful Bhd yang mengisahkan cabaran dua atlet dalam mengimbangi persaingan, impian dan perasaan demi mencapai kemenangan.
Drama itu turut dibintangi Imran Aqil, Yusuf Bahrin, Puteri Khareeza dan Firdaus Ghufran serta ditayangkan setiap hari pada jam 12 tengah hari menerusi TikTok Drama Sangat dan boleh distrim di platform Tonton.
The post [VIDEO] Trisha Ooi Sedia Kembali Ke Gelanggang Tinju – ‘Kalau Ada Peluang, Saya Akan Sertai Lagi’ first appeared on OHBULAN!.





